REVIEW

Mamma Mia! Jatuh Cinta Dengan Perfume Valentina!


Mamma Mia! Jatuh Cinta Dengan Perfume Valentina! | Baru sekarang Ayuni berpeluang cuba koleksi perfume Valentina yang legenda dari Valentino Creations Italy ini! Kalau bukan kerana kak Afla dari butik Secret Scent miliknya, dah tentu Ayuni tak akan memiliki set limited edition Valentina Toilette & Solid Perfume 2-IN-1 Collection yang istimewa ini.

Sembur sedikit saja dah dapat bau yang bungaan yang harum semerbak. Bagi Ayuni, haruman minyak wangi Valentina ini sangat sedap kerana baunya yang ada unsur "lemak berkrim", manis, segar, dan elegan membuatkan Ayuni rasa mengidam nak pakai lagi keesokan paginya. Bayangkan imej seorang perawan yang ayu secara semulajadi tetapi mampu memikat hati sesiapa yang memandangnya apabila dia berjalan di tengah-tengah bandar Itali yang penuh dengan bunga dan strawberi di musim panas... begitulah apa yang Ayuni dapat gambarkan bagi haruman Valentina ni.

Cara packaging produk pun sangat menarik - sudahlah botol minyak wanginya lawa dengan hiasan bunga 3D, siap dapat compact solid perfume bentuk krim yang boleh colek dan sapu pada tangan. Sampai ada anak murid lepas cium tangan Ayuni selesai kuliah, pergi cium sekali lagi sambil asyik bertanya "Madam pakai losyen apa? Bau sedap!"

Nasib baik anak murid perempuan saja boleh cium tangan. Kalau anak murid lelaki tak tahulah, mau ikut Ayuni balik rumah agaknya...

Kenapalah cantik sangat botol perfume dia ni?
Dahlah bau sedap, nasib baik tak boleh dimakan...
Satu botol mengandungi 80ml (2.7 fl. oz) eau de toilette

Beginilah rupa compact solid perfume Valentine. Comel, kan?

Alamak, tak jelas pula dalam kamera.
Belakang dia tulis:
Valentina Solid Perfume
6g 0.21 fl.oz
Under license from Valentino
Antinio Puig S.A
Barcelona 08021, Travessera de Gracia 9
Made in Spain

Apa rahsia perfume Valentina yang membuatkan baunya harum dan sedap? Antara kandungan dalam perfume Valentina termasuk bergamot, white truffles, vanilla, amber, sweet jasmine, cedar, tuberose, strawberi. Kesemua ramuan ini membangkitkan kenangan pada Itali yang indah dan permai... baru teringat Ayuni dah lama tak update sambungan entri dalam blog tentang pengembaraan ke Itali tempoh hari.

Paling best dapat harga promosi RM80 saja untuk set satu kotak perfume Valentina limited edition yang diimport khas dari Eropah ni. Ohsem, kan?

Sekiranya anda seorang peminat kek, dessert, tiramisu, coklat, aiskrim, kelopak bunga mawar, kopi susu ais, bantal peluk baldu, karpet merah, temujanji di tepi laut, bunyi hujan di waktu pagi, embun pagi di atas daun dan kasih sayang sejati, anda pasti akan menyukai perfume Valentina ni. Memang hebat hingga boleh buat bakal mak mertua jatuh cinta sambil menyanyi ala soprano, "Mamma Mia!"

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.