PERSONAL

Laptop Kembali Ke Zaman Purba?

Laptop Kembali Ke Zaman Purba? | Ada sesuatu yang pelik berlaku ke atas laptop Ayuni baru-baru ini. Kelmarin adik perempuan Ayuni meminjam laptop untuk mengalih dan menyusun semula fail-fail dalam telefon miliknya apabila dia menyedari ada perkara yang tak kena pada skrin laptop Ayuni.

Dia panggil Ayuni, dan inilah apa yang kami jumpa...


Nampak tak? Kalau tak nampak, ni Ayuni zoom dan besarkan lagi imejnya...


1 haribulan Januari 1970?

Bagaimana fail ini diubahsuai pada zaman ketika adik perempuan Ayuni dan Harry Potter pun belum lahir lagi? J.K Rowling pun masih berusia 5 tahun ketika itu. Malah, komputer dan internet juga belum muncul di Malaysia sehingga pertengahan 1990-an!

Adakah ini glitch semata-mata? Mungkinkah laptop Ayuni telah mengembara ke tahun 1970 sebelum kembali ke masa depan? Menarik.

Kebetulan pula Ayuni pernah terbaca satu artikel dalam Daily Mail UK tentang penemuan arca tamadun Yunani bertarikh 100 Tahun Sebelum Masehi yang menampilkan imej Pythia, wanita tukang tilik Delphi (Oracle of Delphi) membelek suatu objek yang mirip sebuah laptop di depannya. [LINK kepada artikel]


Mungkinkah itu laptop Ayuni? Jika ya, bagaimana ia berada di situ???

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Lisa Nurulain berkata...

wahh memang canggih kalau ada laptop zaman dlu2

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.