PERSONAL

Kepercayaan Menutup Cermin Semasa Kematian


Kepercayaan Menutup Cermin Semasa Kematian | Ayuni tertarik dengan satu soalan dari rakan Facebook yang bertanya mengapa masyarakat Melayu akan menutup cermin dan televisyen dengan kain semasa ada seseorang dalam rumah itu meninggal dunia. Sebenarnya adat ini tiada beza dengan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Barat di mana Ayuni pernah membesar dulu.

Semasa Ayuni kecil, Ayuni pernah nampak orang-orang putih di kawasan Ayuni menutup cermin dan barangan yang ada cermin di depannya seperti televisyen semasa perkabungan. Bila ditanya mengapa mereka berbuat demikian, keluarga mendiang menjawab bahawa ia merupakan amalan sejak dahulu kala dan kononnya ia berniat untuk menghindari nasib malang daripada menimpa keluarga. 

Ada seorang nenek tua berkata, amalan menutup cermin ini dilakukan sejak zaman ratu Victoria kerana mereka takut sesiapa yang melihat cermin si mati akan dirasuk roh jahat atau menemui ajal seterusnya.

Amalan menutup cermin dipercayai berasal daripada budaya kaum Yahudi. Selain menutup cermin, mereka juga akan menghentikan jarum jam sehingga selepas urusan pengebumian selesai. 

Orang-orang Yahudi yang tinggal bersama di komuniti itu pula jawab lain. Mereka kata tujuannya untuk menghalang tetamu-tetamu yang datang memandang dan membelek-belek diri mereka dalam cermin semasa membaca doa untuk mendiang.

Mereka juga ingin mengelakkan mata tetamu, terutama sekali anak-anak muda, daripada bertumpu pada televisyen semasa menziarahi rumah keluarga yang berkabung, jadi ditutupnya televisyen dengan kain. Masyarakat Yahudi amat menghargai hubungan kekeluargaan, jadi mereka akan menutup segala alat yang melalaikan seperti cermin, televisyen, radio dan telefon pintar sepanjang majlis agar mereka dapat memberi sokongan moral sepenuhnya kepada keluarga mendiang. Dengar macam lojik juga.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

Nabila Syifa berkata...

Bagus info ni

Sudirman Salleh berkata...

Ada adat macam ni?

Dunia Zumal berkata...

Moga kita x amalkan benda gini lagi...

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.