VIRAL

Jubah Pahlawan Mengundang Kontroversi?


Jubah Pahlawan Mengundang Kontroversi? | Baru-baru ini fesyen Jubah Pahlawan menjadi viral di media sosial gara-gara pelbagai reaksi dari golongan netizen yang merasakan rekabentuk jubah khas untuk lelaki tersebut unik dan boleh mengundang kontroversi. 

Butik Farbel Exclusive menampilkan Jubah Pahlawan (adakalanya dipanggil sebagai Jubah Sado) yang memiliki rekabentuk berbeza daripada jubah lelaki biasa dengan potongan bahagian lengan yang singkat dan kain labuh yang kembang. Dengan fabrik beserta kolar yang biasa digayakan untuk baju t-shirt polo, Farbel Exclusive mempersembahkan koleksi jubah lelaki yang berkonsepkan stail Levant dan santai pada masa yang sama.


Sukar menerima konsep rekaan Jubah Pahlawan yang dituduh menyerupai gaun wanita serta penggunaan model jejaka berbadan 'sado' yang menggayakannya, kebanyakan pengguna media sosial melemparkan kata-kata ejekan, herdikan dan tohmahan terhadap fesyen jubah itu. Namun ini tidak membuat semangat perniagaan Farbel Exclusive goyah, malah tercuit hati dengan parodi yang dikaitkan dengan fesyen jubah mereka.

 

Ramai ahli netizen merasakan jubah itu agak pelik dan kurang menyerlahkan ciri-ciri kelelakian pemakai. Namun ada juga yang berpendapat konsep rekaan jubah tersebut menarik sehingga Farbel Exclusive telah dipanggil untuk temubual secara langsung dalam rancangan televisyen Selamat Pagi Malaysia pagi tadi.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.