PELIK

GEMPAR! Lelaki Temui Ular Berwajah Pelik Di Kuala Kangsar

GEMPAR! Lelaki Temui Ular Berwajah Pelik Di Kuala Kangsar | Ular apa ni... peliknya rupa dia. Macam kartun pun ada. Rupanya agak mengerikan walaupun bila dilihat sekali lagi, boleh juga nampak melucukan.


Menurut akhbar Sinar Harian bertarikh 14 Februari 2015, haiwan berupa ular ini ditemui oleh seorang pemuda di Persisiran Sayong, Kuala Kangsar. Muhammad Hafizuddin Mohd Salleh, 22, berkata ular tersebut mirip ular sawa tetapi lebih gemuk dan pendek, serta kulitnya kasar seperti kulit biawak.


Sementara itu Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Haspi Hamzah mengatakan ular pelik yang dimaksudkan itu merupakan sejenis ular air tawar yang dikenali sebagai ular guni buruk atau ular karung guni. "Biasanya ular ini tinggal di kawasan sawah padi dan jarang keluar dari kawasan iti. Ular yang makan ikan ini tidak agresif seperti ular lain," tambahnya lagi.

Bila tengok rupa ular pelik ini, Ayuni teringat pula tentang ular tsuchinoko dalam komik Doraemon yang Ayuni pernah baca masa dulu...


Masa tu teringin sangat nak cari ular tsuchinoko sebab terlampau comel sampai pernah keluar ke padang sepanjang hari semata-mata nak tangkap seekor untuk dijadikan haiwan belaan. Oleh kerana kecomelan watak tsuchinoko dalam Doraemon itu, pelbagai barang mainan dikeluarkan berdasarkan tsuchinoko dalam pasaran di zaman tu.


Haiwan apakah tsuchinoko ini? Tsuchinoko ni merupakan reptilia legenda dalam budaya Jepun dan ia dianggap sebagai makhluk misteri yang ajaib. Menurut legenda Jepun, tsuchinoko boleh berkata-kata seperti manusia, suka berbohong dan gemar minum arak. Sehingga sekarang rupa sebenar tsuchinoko tidak dapat dikenalpasti.


Misteri mengenai tsuchinoko ini amat terkenal sehingga sering dipaparkan dalam media Jepun. Ini ialah salah satu babak dalam permainan Metal Gear Solid 3 di mana pemain harus mencari ular tsuchinoko sebagai misi sampingan.


Adakah ular pelik yang ditemui di Kuala Kangsar itu tsuchinoko? Mengapa ia tidak secomel seperti yang Ayuni sangkakan selama ini? Jika benar ular hodoh itu ialah tsuchinoko sebenar, maka hancurlah zaman kanak-kanak Ayuni... ia tidak comel langsung.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

Dunia Zumal berkata...

Alamak ada ular comel dalam kartun Doraemon? Tak ingat dah citer dalam komik Doraemon tu...

budoxe lee berkata...

ular apa tuh.. mcm belut letrik pun ada

Ayuni Rafilah berkata...

Ada... ular itu sangat comel.

Ayuni Rafilah berkata...

Rupa dia macam kucing pun ada juga...

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.