PERSONAL

DIY Part 2: Menghias Semula Kasut - Memperkenalkan Purple Imperium

DIY Part 2: Menghias Semula Kasut - Memperkenalkan Purple Imperium | Tempoh hari Ayuni ada berkongsi tentang kasut rosak yang Ayuni dah ubahsuai dan cantikkan semula dengan menggunakan deco plush sticker... LINK: DIY Mencantikkan Semula Kasut Yang Rosak

Hari ini Ayuni hendak tunjukkan lagi projek DIY kasut Ayuni yang baru siap semalam. Ini pun sepatutnya siap minggu lepas, tetapi disebabkan Ayuni sudah kehabisan bahan terpaksa sambung balik di hujung minggu. Inilah rupa baru kasut Ayuni selepas diubahsuai daripada kasut yang sama...


Memandai saja letak nama pada kasut. Kali ini Ayuni ubahsuai semula daripada kasut yang sama sebab Ayuni sudah bosan dengan corak minggu lepas. Kalau minggu lepas Ayuni pilih tema warna coklat yang klasik, minggu ini Ayuni memilih corak abstrak pula untuk digayakan di pejabat. Jadi Ayuni buka semula hiasan yang lama dan tambah hiasan baru daripada bahan-bahan lain seperti kain yang elastik (kain yang berbelang-belang itu perca daripada sarung tangan lama), kain lace, dan lace sticker. 


Mula-mula Ayuni nak letak butang bercorak sawang labah-labah pada bahagian tepi kasut. Namun bila cuba pakai nampak macam keterlaluan pula fesyen dia... jadi Ayuni tanggalkan butang-butang itu semula. Buat penat sahaja menjahit.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.