PERSONAL

Astro Menipu Pelanggan Sepanjang Hayat


AWAS! Astro Menipu Pelanggan Sepanjang Hayat | Astro buat perangai lagi. Kali ini bil bayaran tertunggak dihantar lagi walaupun servis telah lama dihentikan dan bil telah dilangsaikan sejak tahun lepas!

Sudahlah akaun milik adik lelaki Ayuni, tetapi Ayuni terpaksa tolong wakilkan dia uruskan kerana dia sering berada di luar negara. Adik lelaki Ayuni cuma sekali-sekala sahaja balik ke Malaysia, jadi kadang-kadang Ayuni tolong uruskan kedai dan akaun-akaun dia di sini.

Salah satunya ialah akaun Astro. Apa yang mengejutkan, adik lelaki Ayuni sebenarnya telah lama menamatkan perkhidmatan Astro sejak bulan April 2015. Bayaran tertunggak telah habis langsai dan segala kad bersama dekoder dipulangkan serta-merta. Namun begitu, bil dihantar sebulan kemudian meminta bayaran tertunggak. Masa ini adik lelaki Ayuni sudah tiada di Malaysia.

Ayuni pun menelefon bahagian perkhidmatan pelanggan dan mereka memberitahu bahawa sistem mereka tiada rekod penamatan oleh adik Ayuni. Malah, mereka mengenakan caj penyambungan semula servis walaupun perkhidmatan telah dipotong. Kononnya ini ini polisi Astro yang perlu dipatuhi. 

Bil Astro Masih Dihantar Selepas Permohonan Tamat Kontrak Servis

Mengikut adik pula, dia pernah minta kaunter Astro berurusan surat untuk mengesahkan penamatan langganan tetapi mereka tidak memberikan surat tersebut kerana mereka kata tak perlu dan semuanya sudah ada dalam sistem.

Menurut pengendali bahagian perkhidmatan pelanggan itu lagi, adik Ayuni harus menulis surat kepada Astro Customer Care Service sebulan lebih awal terlebih dahulu untuk memberitahu bahawa dia mahu menamatkan perkhidmatan langganan Astro. Pada bulan Jun 2015, surat permohonan penamatan perkhidmatan telah dihantar. Namun tiada jawapan yang diterima daripada pihak Astro dan bil masih dihantar ke rumah walaupun tidak pernah menggunakan servis Astro semenjak itu.

Astro Sengaja Membuat Polisi Menyusahkan Pelanggan Agar Mendapat Bayaran Secara Berterusan

Ayuni tidak berpuashati lalu mencari kaunter terdekat Astro di Mid Valley, Kuala Lumpur untuk membantu adik Ayuni selesaikan masalahnya. Di sana, Ayuni diberitahu bahawa surat adik lelaki Ayuni tidak pernah diterima. Bila Ayuni hendak buatkan surat, mereka kata hanya pemilik akaun saja yang boleh berurusan dengan Astro. Kalau pemilik melantik wakil, wakil harus membawa surat permohonan penamatan yang disain oleh pemilik akaun untuk menamatkan langganan. Sebulan selepas itu baru mereka memproses penamatan servis. Tetapi dalam sebulan itu pelanggan masih perlu membayar bil seperti biasa. 

Mudah betul Astro mendapat wang pelanggan tanpa memberi perkhidmatan! Baru Ayuni tahu kenapa ramai membuat kempen ingin boikot Astro pada tahun 2011 dulu. Benarlah apa yang ramai pengguna Astro tuduh dan viralkan selama ini... Astro menipu pelanggan.

Adik Ayuni terpaksa menghantar surat melantik Ayuni sebagai wakil untuk urusan akaunnya melalui faks dari London. Selepas memberikan surat tersebut, mereka memberitahu Ayuni bahawa bayaran seterusnya selepas pemotongan akan dikira ikut kadar pro-rata. Jadi maknanya sebulan selepas dapat surat permohonan penamatan servis bayaran dibuat seperti biasa, sebulan selepas penamatan servis disahkan bayaran akan diselaraskan semula dan ikut kadar pro-rata. Selepas penamatan tiada caj akan dikenakan lagi.

Cuba Menyambung Caj Dalam Bil Selepas Mengesahkan Pengakuan Penamatan Kontrak Servis


Kami menerima bil lagi namun caj penyambungan semula dimasukkan dalam bil itu. Ayuni pun pergi ke kaunter itu semula dan buat-buat mengamuk sehingga mereka meminta agar Ayuni tidak mengikut bil tersebut dan mereka kata bil baru akan keluar dengan kadar pro-rata tanpa caj penyambungan semula.


Sebaik sahaja adik Ayuni kembali ke Malaysia pada bulan November lepas, Ayuni menemaninya pergi ke kaunter Astro tersebut untuk melangsaikan segala bil bayaran dan menamatkan langganan sehingga ke akhir proses. Selain daripada protokol yang seolah-olah sengaja dibuat untuk memeras wang pelanggan secara paksaan, proses pembayaran Astro juga sangat menyusahkan pelanggan. Pelanggan tidak boleh membayar secara terus melalui kaunter, tetapi kena masukkan duit ke dalam mesin yang disediakan. Mesin juga tiada wang pecah. Jadi kami selalu terbayar lebih daripada yang sepatutnya.

Astro Tak Segan Memberi Janji Palsu Kepada Pelanggan

Apabila ditanyakan kepada wakil Astro di kaunter tersebut apa kami perlu buat sekiranya bil masih dihantar walaupun kami telah menamatkan langganan mengikut prosedur, wakil tersebut menjawab, "Itu tak akan berlaku." 

Tetapi Ayuni tidak berasa sedap hati lalu meminta adik Ayuni membuat surat hitam putih bersama wakil Astro untuk mengikat mereka pada janji mereka. 


Terbukti kebimbangan Ayuni menjadi realiti apabila Astro menghantar bil meminta bayaran tertunggak... 3 bulan selepas penamatan langganan telah dibuat dan kesemua bayaran tertunggak telah dilangsaikan!


Apakah yang mendorong Astro bertindak gila seperti ini? Mengapa Astro boleh sewenang-wenangnya melanggar perjanjian dengan pelanggan tetapi jika pelanggan terlambat bayar seminggu sahaja pun laju dipotong servis tanpa sebarang surat-menyurat? Adakah Astro berhasrat untuk memeras ugut wang pelanggan sehingga ke akhir hayat walaupun tidak lagi menjadi pelanggan mereka???

Ayuni bercadang hendak membawa kes penipuan Astro ini ke tribunal pengguna dan melaporkan kegiatan Astro kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ternyata dari awal hingga sekarang Astro tidak pernah segan dan tidak serik melakukan penipuan terhadap pengguna. Bukti penipuan demi penipuan Astro boleh dilihat dalam post yang ditular oleh orang ramai yang pernah melanggan Astro. Ia terlalu serius hingga aduan dibawa ke SKMM.



Ayuni berharap suatu masa akan datang nanti Astro akan ditumpaskan oleh syarikat penyiaran yang memiliki sistem langganan maju dan tidak menipu seperti NetFlix di Amerika Syarikat. Biar Astro bungkus tikar. Ini sumpahan Ayuni ke atas Astro.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.