Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

REVIEW

Planner Islamiah 2016/1437H : Lengkap Dan Bermutu Tinggi


Planner Islamiah 2016/1437H : Lengkap Dan Bermutu Tinggi | Sudahkah anda dapat buku planner baru sempena tahun baru ini? Hari ini Ayuni hendak berkongsi tentang buku planner Islamiah 2016 yang kira terbaik bagi Ayuni terbitan Sterling Crown Sdn. Bhd. Buku planner ini Ayuni beli dari kedai buku MPH Bookstore pada harga RM15.30.

Bagi Ayuni ini merupakan buku planner terbaik kerana kualiti cetakan serta kandungannya yang lengkap sukar didapati di mana-mana buku planner yang lain. Selain daripada ruang hari yang siap ditanda dengan cuti perayaan umum dan tarikh kalendar Hijri, planner berunsur Islamik ini juga dimuatkan dengan potongan ayat hadis-hadis yang bermanfaat, peta perjalanan pengangkutan awam di sekitar Pusat Bandaraya, jadual fasa-fasa bulan serta nasihat dan rencana yang berguna ketika keluar rumah. Setiap mukasurat dicetak dengan gambar berwarna-warni, jadi tidak bosan melihat planner ini setiap hari. Pendek kata, beruntunglah sesiapa yang menyimpan planner Islamiah bermutu tinggi seperti ini.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.