BERITA

Malaysia Anggotai TPPA, Berkuatkuasa Mulai 2018


Malaysia Anggotai TPPA, Berkuatkuasa Mulai 2018 | Pada 28 Januari 2016 Dewan Negara telah meluluskan Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik Antarabangsa (TPPA) setelah melalui persidangan di Parlimen berdasarkan undian suara. Ini bermakna Malaysia kini bersedia untuk mengaggotai pakatan perdagangan terbesar di dunia bersama 11 buah negara yang lain iaitu Brunei, Singapura, Jepun, Vietnam, New Zealand, Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Chile, Peru dan Mexico. 

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang membentangkan cadangan TPPA ke Parlimen untuk mendapatkan persetujuan rakyat terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan perjanjian tersebut.

TPPA akan ditandatangani di New Zealand pada 4 Februari ini selepas melalui proses perundingan sejak tahun 2010 dan dijangka akan berkuatkuasa mulai tahun 2018.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.