PERSONAL

DIY Mencantikkan Semula Kasut Yang Rosak

DIY Mencantikkan Semula Kasut Yang Rosak | Kasut Ayuni yang selalu dipakai untuk pergi kerja sudah rosak, mungkin kerana Ayuni lebih banyak berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam kebelakangan ini berbanding memandu kerana hendak jimat wang dan masa. Teruk rupanya, kan?

Kasut rosak yang sudah buruk...

Nak beli baru tak sempat keluar membeli-belah, nak buang pula tak sampai hati sebab kasut ini Mama Ayuni yang belikan, lagipun ia tidak rosak teruk sangat. Jadi Ayuni cuba memulihara semula rupa kasut dengan menggunakan barang-barang kraf dari stok Kedai Gadis Comel agar boleh dipakai kembali.

Alas tapak kaki baru dimasukkan ke dalam kasut.

Mula-mula Ayuni potong kertas foam ikut ukuran saiz kaki Ayuni untuk membuat alas tapak kaki baru. Kertas foam yang dipotong dilekatkan dengan kain bercorak yang diambil daripada simpanan perca kain lebihan. 

Kemudian Ayuni tampal stiker felt lembut (plush deco sticker) pada bahagian depan dan tumit kasut.

Tali dari tas beg tangan yang tidak digunakan lagi digunting dan dijahit pada tampalan stiker sebagai kelim bagi merapikan hujung tampalan.

Siap!

Boleh tambah hiasan lain lagi pada kasut ini untuk menceriakan rupanya.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.