Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Ular Masuk Bilik Tidur


Ular Masuk Bilik Tidur | *AMARAN: Perempuan mengandung serta mereka yang geli/fobia dengan haiwan reptilia dan amfibia disarankan supaya jangan baca entri ini.*

BW kini sudah makin pandai menangkap mangsa. Semasa dia masih anak kucing kecil, dia cuma reti kejar dan tangkap lipas. Lepas itu dia akan mengonggong lipas dengan mulutnya dan menunjuk pada Ayuni.

Kadang-kadang bila dia ternampak cicak, dia akan merenung cicak tersebut dengan tajam sambil mengiau seolah-olah sedang berkata pada cicak: "Oh... kau berlagak dengan aku ya. Tunggu kau... aku akan tangkap kau dan minta tuan aku buat barbeku nanti."

Sejak beberapa minggu ini BW telah berjaya menangkap seekor cicak gergasi, seekor katak, dan seekor dinosaur. Sebagai tanda kasih sayangnya pada Ayuni, BW akan membawa kesemua hasil tangkapannya ke bilik Ayuni sebagai hadiah.

Cicak gergasi

Dinosaur

Gambar bangkai katak tidak sempat diambil kerana Mama Ayuni sudah bising suruh Ayuni buang dengan segera.

Malam tadi tangkapan terbarunya merupakan dua ekor ular yang menceroboh masuk bilik tidur Ayuni. Semasa Ayuni bangun, BW bersungguh-sungguh melompat ke atas katil dan menarik-narik selimut Ayuni, kononnya hendak tunjukkan sesuatu. Belek lantai di depan almari baju, dan terlihat bangkai dua ekor ular yang telah mati digigit secara buas oleh BW.

Berdasarkan warna dan corak badannya, Ayuni agak ia spesis ular rumput yang tidak berbahaya. Lagipun kulitnya melekit dan tidak kering seperti ular lain yang Ayuni pernah pegang, mungkin ia bersembunyi di situ daripada hujan lebat di luar malam tadi (ular rumput boleh berenang dalam air). Seekor ular kecil yang telah terputus dua badannya, dan seekor lagi ular sebesar pek minuman kopi segera Old Town White Coffee yang telah patah tulang tengkuknya. 

Kedua-dua ular mula dihurungi semut ketika Ayuni menemuinya, jadi ia bermakna BW telah membunuh mereka kira-kira 3-4 jam sebelum ditemui Ayuni. Ada percikan darah segar di lantai... dan ini mengejutkan Ayuni kerana selama ini BW cuma membawa masuk mangsa tangkapan dari luar rumah. Dari situ Ayuni dapat tahu bahawa ular-ular itu telah masuk dulu dalam bilik tidur sebelum mati akibat bergelut dengan BW. Maknanya BW telah cuba melindungi Ayuni semasa Ayuni sedang tidur, walaupun ular-ular tersebut tidak berniat mendatangkan bahaya.

Sambil membuang bangkai dan mencuci kesan darah ular dari lantai, Ayuni terfikir hendak memberi BW makan makanan kegemarannya bila balik dari kerja nanti, iaitu ayam dan tuna.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

7 Komen:

aina amin berkata...

Wah..bagusnya ada kucing yang bersni lawan dengan ular. Kucing kat rumah ni, tengok tikus pun lari..huhu
http://ainaez.blogspot.com

TunSha Ayunie berkata...

Bijaknya BW.... orang kata anjing je protected... siapa kata... buktinya BW pun bersikap melindungi jugak pe....

wawaabdhadi berkata...

ayuni, dinosaur yg ayuni cakapkan tu kita panggil karung (bahasa terengganu) :D

tapi nak pesankan supaya ayuni hati hati dengan ular tu sebab mak wawa cakap kalau ada anak ular, ibu dia mesti ada. Elok kalau ayuni beli belerang untuk elakkan ular masuk bilik :)

Ayuni Rafilah berkata...

BW ini memang semangat pemburunya tinggi berbanding kucing-kucing yang lain di rumah. Habis semua dikejarnya termasuk anak kucing...

Ayuni Rafilah berkata...

BW dijaga Ayuni sejak dia lahir. Jadi mungkin dia dah rasa seperti sebahagian daripada keluarga dan lama-lama timbul rasa bertanggungjawabnya terhadap rumah yang diduduki :)

Ayuni Rafilah berkata...

Baru nak panggil muzium untuk periksa dinosaur tu... :P

eima berkata...

baiknye BW ni ..hebat ...hero ....
tetiba rindu kucing kite dulu2 tu ...dolly hero kampung jugak .... suka bg mcm2 bangkai kat kite .....rupanya hadiah untuk tuannya ...kongsi bersama juadah ...kuikuikui

Dikuasakan oleh Blogger.