Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Jom Hantar Karya Ke Projek Art For 100 Sick Kids

Jom Hantar Karya Ke Projek Art For 100 Sick Kids | Anda minat melukis? Ingin menceriakan 100 kanak-kanak di hospital dengan lukisan anda? Jom ikut Ayuni!

Ayuni baru sahaja menghadiahkan dua buah lukisan bagi projek seni sukarelawan yang dinamakan Project Art for 100 Sick Kids. Projek ini diusahakan oleh Jennifer Chua, Kopi Soh dan Dr. Azma di mana mereka menghadiahkan karya-karya peribadi kepada pesakit kanser kanak-kanak di hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

"Cat Wave". 
Ayuni ingin memberi harapan agar si penerima akan sentiasa ceria sambil teguh berani menentang sakit melalui lukisan ini.

"Love U"
Agar si penerima tahu semua orang menyayanginya dan sentiasa berada di sisinya melalui lukisan ini.


Tahun ini Project Art for 100 Sick Kids menerima sumbangan karya dari orang ramai untuk memberi galakan dan sokongan moral kepada pesakit kanser kanak-kanak sehingga 1 Disember 2015. 

Karya boleh dihantar dalam bentuk digital atau hard copy. Sila mesej Kopi Soh di Facebook untuk maklumat lanjut.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.