Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

REVIEW

Dapat Set Percubaan Produk Cetaphil


Dapat Set Percubaan Cetaphil | Balik dari kerja dan tengok-tengok dalam peti surat ada dua produk set percubaan Cetaphil yang comel dari Cetaphil Malaysia untuk Ayuni. Seronoknya!

Apa kegunaan Cetaphil ni? Cetaphil merupakan produk yang membersih serta melembapkan kulit tanpa mengganggu keseimbangan pH kulit. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira kulit kering atau berminyak. Selepas pakai produk pembersih dan pelembab Cetaphil melalui set percubaan ni, Ayuni rasa kulit Ayuni lebih bersih tanpa rasa kering. Memang sesuai dengan orang yang mempunyai kulit sensitif.


Pembersih muka Cetaphil terasa lembut pada kulit apabila dipakai. Losyen pelembabnya juga tidak melekit dan sesuai dipakai seharian.

Set percubaan ni Ayuni dapat sebagai freebies melalui tawaran terhad Cetaphil sendiri dalam laman rasmi Facebook syarikat tersebut. Setelah mencuba produk Cetaphil, Ayuni rasa yakin untuk membeli produk saiz pasaran sebenar Cetaphil.

Produk Cetaphil boleh didapati di kedai-kedai farmasi seperti Guardian dan Watson. Buat masa sekarang semasa Ayuni menulis entri ini, krim pelembab Cetaphil (100 gm dan 453 gm) dan losyen pelembab Cetaphil (100 gm) boleh didapati pada diskaun 20% daripada harga biasa di Guardian. Tawaran sah sehingga 28 Oktober 2015.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.