Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Akibat Malas Membawa Beg, KLCC Jadi Kecoh!


Akibat Malas Membawa Beg, KLCC Jadi Kecoh! | Akibat malas membawa beg bersama sambil berjalan-jalan, sekumpulan remaja telah menggemparkan para pengunjung apabila empat buah beg mencurigakan yang ditemui di pintu masuk utama Suria KLCC disangka mengandungi bom.

Polis IPD Dang Wangi bersama pasukan bomba dan unit pemusnah bom tiba ke kawasan kejadian kira-kira jam 1.40 petang sejurus selepas menerima laporan dari pihak pengurusan dan orang awam. 

Pasukan unit pemusnah bom menggunakan robot untuk memeriksa isi kandungan beg-beg tersebut. 

Hasil pemeriksaan mendapati beg-beg terbabit hanya dipenuhi pakaian lelaki.

Tidak lama kemudian beberapa orang remaja dalam lingkungan usia 14 tahun dilihat tiba ke lokasi kejadian lalu dimarahi polis selepas mengakui bahawa beg-beg itu kepunyaan mereka.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.