HIBURAN

Skandal Baru Kermit The Frog!


Skandal Baru Kermit The Frog! | Siapa sangka bahawa Kermit the Frog, bintang filem The Muppets, boleh terlibat dalam gosip skandal percintaan sehingga hangat diperkatakan di Hollywood!

Baru sahaja beberapa minggu sejak hubungan cinta selama 40 tahun dengan bekas kekasihnya Miss Piggy berakhir, Kermit dikatakan sedang hangat bercinta dengan muppet jelita bernama Denise. Denise ialah ketua pemasaran di stesen ABC, syarikat sama di mana Kermit dan Miss Piggy mengacara rancangan Up Late with Miss Piggy.

Hubungan cinta Kermit dan Miss Piggy yang telah dbina selama 40 tahun sejak 1955 kini sudah retak. Berita tersebut mengejutkan ramai peminat siri Sesama Street dan The Muppets yang telah mengikuti .

Gambar mesra Kermit dan Denise yang dikatakan sedang hangat bercinta selepas Kermit dan Miss Piggy tidak lagi bersama.

Dalam sebuah rancangan temubual, Kermit mengakui bahawa dia kini kembali keluar bertemu wanita selepas putus cinta dengan Miss Piggy di awal Ogos lalu. Namun begitu Kermit menjelaskan bahawa “Denise bukanlah teman wanita barunya” dan “mereka sekadar teman biasa”. 

Menurut Miss Piggy, dia dan Kermit tidak lagi sehaluan kerana "Kermit tidak mampu bertahan untuk meneruskan hubungan cinta dengannya".

 "Dating moi is like flying close to the sun. It was inevitable that Kermit would drop down to the ground while I stayed in the heavens." 

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Nieyl berkata...

Salam Khamis..
singgah sini pagi ini..

weschairs berkata...

Asam garam bercinta... Adatlah tu

Dikuasakan oleh Blogger.