INFO

Selfie Membunuh Manusia Setiap Tahun


Selfie Membunuh Manusia Setiap Tahun | Menurut satu artikel dalam Huffington Post, dikatakan lebih ramai manusia di seluruh dunia terkorban kerana selfie berbanding diserang ikan jerung setiap tahun.

Bulan lepas seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tertembak dirinya sendiri sehingga mati semasa cuba mengambil selfie bersama sepucuk pistol di Houston, Texas. 

Seorang pelancong Jepun mati terjatuh tangga setelah mengambil selfie di atas tangga makam Taj Mahal di India.

Seorang wanita Amerika mati terjatuh dari tebing bukit semasa mengambil selfie bersama kekasihnya. Kekasihnya masih hidup.

Tiga pelajar India mati dirempuh keretapi ketika mengambil selfie bersama di atas landasan.

Di Taman Negara Yellowstone, seorang wanita Mississippi mati ditusuk tanduk kerbau bison ketika cuba mengambil selfie berhampiran haiwan tersebut.  

Di Russia, dua orang pemuda mati di atas pergunungan Ural setelah mengambil selfie dengan bom tangan yang telah dibuka pinnya. Pada masa yang sama di kawasan bandar, seorang remaja mati terjatuh dari sebuah jambatan dan terkena kabel elektrik ketika mengambil selfie dirinya sedang memanjat jambatan tersebut. Seorang wanita Russia juga mati akibat mengambil selfie bersama sepucuk senjata.

Laporan kematian akibat mengambil selfie paling tinggi di Russia sehingga mendorong kerajaan negara tersebut melancarkan kempen keselamatan dalam mengambil selfie. Motto kempen mereka berbunyi: "Jutaan 'like' di laman sosial tidak berbaloi untuk keselamatan hidup anda."

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.