INFO

Saiz Fail Logo Google Baru Lebih Kecil?



Saiz Fail Logo Google Baru Lebih Kecil? | Tahukah anda bahawa saiz logo Google baru cuma 305 byte berbanding logo lama yang bersaiz 14,000 byte (14 KB)? Bagaimana Google kecilkan saiz fail logo barunya? 

Jika diperhatikan betul-betul, rekaan logo Google lama menggunakan font serif dengan lengkung Bezier. Font jenis ini memang rumit dan akan memerlukan saiz fail lebih kurang 6 KB kerana memiliki 100 titik utama. Apabila dipadatkan ia akan menjadi 2 KB.


Manakala logo baru pula dibina daripada bentuk ringkas seperti bulatan dan segiempat tepat. Keseluruhan logo baru Google disusun daripada 10 bulatan, 5 segiempat tepat dan satu bentuk yang memiliki 7 titik utama.


Ini bermakna, lebih ringkas sesuatu font digunakan, lebih kurang saiz fail yang diperlukan.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.