SANTAI

Nama Unik


Nama Unik | Sebuah kampung di Wales, United Kingdom diberi nama yang amat unik iaitu Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch. 

Susah hendak menyebutnya dengan betul kan? Tetapi lelaki ini berjaya menyebut nama bandar itu dengan betul dalam satu kali sahaja tanpa tergeliat lidah. Hebatnya. [LINK]

Ada seorang anak murid Ayuni diberi nama Sahara Antartika oleh ayahnya (Sahara ialah nama gurun pasir terbesar di dunia manakala Antartika ialah gurun ais terbesar). Bila ditanya, dia jawab ayahnya inginkan dia jadi anak yang "tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin". Jawapan tersebut sedikit sebanyak mengingatkan Ayuni kepada lagu "Hot N Cold" oleh Katy Perry.

Apakah nama paling unik yang anda pernah jumpa?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

asma langit berkata...

Sangat unik.. Dan pemberita tu relax je sebut...
Nama paling unik pernah saya jumpa ialah nama sebenar Bangkok. Terlalu panjang sangat. Haha

Mama Myja berkata...

memang unik.. tapi buat masa sekarang myja xjumpa lagi 1 nama yang unik. Hehehe

Dikuasakan oleh Blogger.