VIRAL

Imam Masjid Negara Kena Lempang!


Imam Masjid Negara Kena Lempang! | Ini kali pertama kes sebegini pernah berlaku di ibu negara. Petang tadi semasa solat Jumaat di Masjid Negara, seorang lelaki asing dipercayai mempunyai masalah mental telah meluru ke arah imam yang sedang khusyuk membaca surah Al-Ankabut. 

Kemudian keadaan menjadi kelam-kabut apabila lelaki tersebut menolak dan melempang imam sambil menjerit berulang kali ke arahnya. Lelaki itu dilihat dalam kamera cctv mengambilalih pula posisi imam tadi.


Rakan lelaki Ayuni yang juga sedang menunaikan solat di sana berkata dia dan rakan-rakannya yang lain terus tak jadi sembahyang, sebaliknya mereka beramai-ramai hendak membelasah lelaki asing tersebut. Habis lelaki asing itu kena seret dan bajunya ditarik-tarik oleh para jemaah.

Kewarganegaraan lelaki asing itu masih belum disahkan setakat ini, tetapi yang nyata dia berketurunan Arab. Motifnya melempang imam masjid juga tidak diketahui.


Paling menarik bagi Ayuni dalam kes imam Masjid Negara kena lempang tadi ialah pilihan surah yang dibaca oleh imam semasa kelam-kabut tersebut berlaku. Surah Al-Ankabut (Labah-labah).

Kebetulan perkataan "kelam-kabut" diambil daripada bahasa Arab "kaal-ankabut" yang bermaksud "gelisah seperti labah-labah", dan siang tadi kita nampak semua lelaki di dalam masjid tidak jadi solat disebabkan kekacauan oleh seorang lelaki asing, dan kembali menunaikan solat setelah keadaan terkawal... tak ubah seperti keadaan apabila sesawang labah-labah roboh dan dibina semula.

Antara ayat-ayat dalam surah Al-Ankabut yang menarik untuk dikongsi hari ini:

29-2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?

29-41: Perumpamaan orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, kalau mereka mengetahui.

29-43: Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami (Allah) buatkan untuk manusia; dan tidak dapat memahaminya kecuali orang yang berilmu.

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tadi untuk kita semua fikirkan.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.