Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PELIK

Siapakah ThaiBan Fashionist?



Siapakah ThaiBan Fashionist? | Siapakah ThaiBan Fashionist yang kini semakin viral dengan fesyen-fesyen peliknya? Cuba lihat video di bawah!


Dengan gaya bagaikan supermodel antarabangsa, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dari Thailand telah menggemparkan dunia alam maya dengan foto-foto fesyen rekaan sendiri melalui akaun instagram miliknya. Ma Deaw, atau lebih dikenali di alam maya sebagai Thaiban Fashionist, telah merekacipta fesyen pakaian yang amat pelik tetapi berjaya menarik perhatian ramai netizen sehingga ke peringkat antarabangsa kerana keunikan bahan-bahan yang digunakan. Ini kerana Ma Deaw hanya menggunakan barangan kegunaan seharian dan semulajadi untuk diperagakan! 

Antara bahan-bahan yang digunakan sebagai pakaian yang diperagakan termasuk kulit durian, sayur kobis, selipar Jepun, bakul sangkar ayam, daun pokok pisang dan betik, zink atap rumah, dan kain langsir. Jom tengok foto-foto fesyen kreatif Ma Deaw yang dikongsinya dalam laman sosial:

 

Baru-baru ini stesen rancangan televisyen Filipina berminat untuk menemuramah Ma Deaw dan telah melamarnya untuk tampil dalam rancangan mereka. Mungkinkah kita akan melihat Thaiban Fashionist beraksi dalam kaca tv suatu hari nanti?

Jika anda berminat untuk mengikuti perkembangan fesyen Ma Deaw @ Thaiban Fashionist, sila ikutinya di sini:
Jangan lupa untuk saksikan video Thaiban Fashionist oleh seorang pelajar Media Komunikasi di Youtube di SINI.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

ubai ismail berkata...

lawak lak tgk gmbar tu..hehe

M.Syamsid Dhuha berkata...

Well maybe their culture make em like this . Kalau di europe or american or british maybe they'll say this "OMG what a creative young man we should locate him to international college of arts bla bla bla . Kalau di Malaysia culturenya lain , sbb org malaysia fikiran logik "Mana ada org pakai baju macam tu mase tunggu bas" . haha contoh je but hey makin weird makin win . haha

Mrs. A berkata...

Fesyen yang tak mungkin sesuai digunakan untuk seharian-harian muaaahhaaaaa...

Dunia Zumal berkata...

Terkejut tengok fesyen tu...

Dikuasakan oleh Blogger.