Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PELIK

Siapa Model Yang Pakai Durian Atas Kepala Tu?

 

Siapa Model Yang Pakai Durian Atas Kepala Tu? |  Baru sahaja dunia alam maya teruja menyaksikan keunikan fesyen pakaian Thaiban Fashionist, seorang remaja dari Thailand, kini mucul pula satu lagi koleksi fesyen pelik yang melibatkan rambut dan aksesori perhiasan  diri hasil rekacipta seorang lelaki lembut dari negara Kemboja.

Dikenali sebagai Rumduol Lich, lelaki ini menggayakan fesyen topi dan aksesori yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti sarang burung dan batu-batuan, buah-buahan  seperti nenas, longan, kelapa, durian, mangga dan pisang, peralatan seperti kipas dan pengetam kayu, perkakas memasak seperti kuali dan sudip, serta haiwan peliharaan seperti arnab dan burung.


Berbeza dengan Thaiban Fashionist yang menampilkan gaya keseluruhan badan, Rumduol Lich cuma menampakkan bahagian atas paras bahu seperti yang lazim para gadis buat apabila mengambil gambar selfie. 

Pilihan warna gincu yang kreatif, alunan rambut yang mayang mengurai serta bentuk wajahnya yang bersegi membuatkan Rumduol Lich tampak seperti model kosmetik bertaraf antarabangsa.

Jom lihat keunikan fesyen Rumduol Lich di bawah:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

emalin mohd berkata...

Perasan juga puc ni dlm fb. Macam-macam gaya

Asmaa' berkata...

Tu sampah. Sampahhh

Mamakembar berkata...

Tgk gak pic ni kat FB. Walau apa org nak kata bg sy model ni mmg sgt kreatif.hehe..

tang buah longan tu tak tahan tengok. Terliur tengok longan tu. Fresh giler. Teringin nak makan.kalau la ada pokok longan mcm tu kat belakang rumah kan heaven. haha..

Dikuasakan oleh Blogger.