Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

INFO

Selamat Hari Kidal Antarabangsa


Selamat Hari Kidal Antarabangsa | Selamat Hari Kidal Antarabangsa kepada kawan-kawan semua yang bertangan kidal (menggunakan tangan kiri secara dominan). Sejak tahun 1976, keunikan mereka yang bertangan kidal diraikan setiap tahun di seluruh dunia dengan tujuan untuk memberi kesedarn kepada masyarakat tentang kesulitan yang dialami oleh pengguna tangan kidal apabila menggunakan peralatan seharian yang kebiasaannya dicipta untuk kegunaan pengguna tangan kanan.

Dalam keluarga Ayuni adik perempuan bongsu Ayuni sahaja yang bertangan kidal. Jadi apabila dia mula belajar bermain gitar, Ayah Ayuni belikannya gitar untuk pemain kidal. Ayuni amat risau apabila adik perempuan Ayuni ini menggunakan alat mengupas kentang kerana apabila dipegang secara terbalik dia akan berisiko untuk terkupas sekali kulit tangannya. Selain daripada itu, adik Ayuni juga bercerita bahawa dia terpaksa belajar menyesuaikan diri menggunakan peralatan membedah dengan tangan kanan atau mencapai perkakas perubatan dari arah bertentangan apabila masuk dalam OT (bilik pembedahan).

Tahukah anda peralatan seharian apa yang sering sukar digunakan oleh pengguna tangan kidal? Jom tengok apa barang-barangnya di bawah:

Pembuka tin

Pen gel

Kerusi kuliah

Gunting

Pengupas kentang (bilah tepi)

Berminat untuk mendapatkan barangan khas bagi pengguna tangan kidal di sekitar Malaysia? Sila singgah ke kedai-kedai ini:

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.