Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

VIRAL

Pemberita Mati Ditembak


Pemberita Mati Ditembak | Akibat kemarahan tidak terkawal dan dendam membara bekas rakan sekerja, seorang pemberita  dan jurukameranya telah mati ditembak semasa sedang membuat liputan secara lintas langsung di Amerika Syarikat semalam. Kejadian pembunuhan tersebut dirakam dalam kamera semasa liputan dibuat dan gambaran wajah suspek juga termasuk dalam rakaman.

Penonton berita serta krew stesen televisyen Roanoke mengalami kejutan apabila menyaksikan detik-detik Alison Parker, 24, dan Adam Ward, 27, ditembak dengan beberapa das peluru semasa temubual secara langsung di depan kamera pada jam 6: 45 pagi.

Suspek, Bryce Williams, 41, sempat merakam aksi ganasnya sendiri sebelum melarikan diri lalu menembak dirinya sendiri sehinga mati. 

Bryce dipercayai bekas rakan sekerja mangsa dan pernah berkhidmat di stesen televisyen yang sama. Dia dipecat dua tahun lalu namun punca pemecatannya tidak diceritakan. Motif pembunuhan oleh Bryce dipercayai berasaskan dendam menurut beberapa tweet yang disebarkan olehnya dalam Twitter yang banyak berunsurkan kemarahan terhadap mangsa. Bryce mendakwa bahawa dia telah dianaktirikan oleh stesen tersebut serta dilayan secara teruk oleh mangsa yang dikatakan kerap menghina Bryce..

Persaingan antara pemberita ini banyak mengingatkan Ayuni kepada filem komedi Anchorman: The Legend of Ron Burgundy (2004). Dalam filem tersebut golongan pemberita digambarkan sanggup berbunuhan sesama-sendiri demi mempertahankan reputasi dan karier mereka.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

perubatan khalifah berkata...

bila tengok pos tuan blog ni,
teringat pada cerita drama korea 'pinocchio'.
cerita berdasarkan wartawan juga serta agensi berita.
cara penyampaiannya agak logik,
mungkin seseorang pemberita tu terlalu mengejar ranking tv, maka sesuatu berita tu aka diolah agar memberi 'IMPAK' sehingga kebenaran diketepikan dan ada pihak yang teraniaya.
wajib tengok. jalan cerita dan susunan yang menarik.
*****************************************
[ Qurban + Aqiqah + Waqaf untuk Maahad Tahfiz ]
Tarikh tutup : 14/09/2015
mari sertai kami untuk program 'Qurban dan Aqiqah Amal bersama Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah' (MTSFAZ).
program ini bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Maahad Tahfiz kami.
sebahagian dari duit 'Qurban dan Aqiqah Amal' akan disumbang kepada Maahad Tahfiz yang berkaitan.
p/s : Jika tuan/puan ingin melakukan WAQAF sahaja pun, digalakkan.
maklumat lanjut di blog MTSFAZ :- goo.gl/ixmeBH

Syaza Syafeeqah berkata...

syaza pun ada tengok berita ni.
terkejut gak, berani buat masa live pula tu.
macam2 yg berlaku kat luar negara skrg ni kan.

perubatan khalifah berkata...

hihi, dah geram sangat la tu.
nekad da....
apa nak jadi pun jadi la....

Dikuasakan oleh Blogger.