Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TEKNOLOGI

Terhantar E-Mel Memalukan Kepada Bos? Musnahkan Dengan DMail!

Terhantar E-Mel Memalukan Kepada Bos? Musnahkan Dengan DMail! | Pernah tak anda terhantar e-mel yang memalukan kepada majikan, bekas kekasih atau kawan? Terutama sekali jika pada masa itu anda sedang menaip dalam keadaan runsing, marah atau mabuk. Sudah tentu anda berasa menyesal dengan tindakan anda dan berhasrat untuk memadam atau menarik balik e-mel yang dihantar itu jikalau boleh.

Jangan bimbang, kini Google memperkenalkan sistem DMail yang akan bantu anda mencuci dosa-dosa lampau anda. Seperti dokumen maklumat sulit yang sentiasa musnah sendiri dalam siri Mission Impossible, DMail berfungsi untuk memadam e-mel yang telah dihantar dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pengguna. 



DMail hanya boleh dipasang sekiranya anda memiliki akaun Gmail. Klik SINI untuk mencuba DMail versi beta sekarang!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.