Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2023 Hak Cipta Terpelihara

ARKIB 2014 - 2023

2014 (5) 2016 (2) 2019 (3) 2020 (2) 2021 (3) 2023 (1) Fakta (4) Fiksyen (2) Filem (5) Food Blog (4) Misteri (1) Pelik Tapi Benar (3) Personal Blog (7) Ramadhan (6)

Kisah Sepasang Kasut

Kasut juga mempunyai cerita suka-duka mereka tersendiri. Berikut adalah kisah kehidupan dan pengembaraan kasut-kasut Ayuni.


Flet dan Barbie merupakan sahabat baik, walaupun Flet adalah kasut bertumit rendah dan Barbie kasut bertumit tinggi. Flet memiliki personaliti yang pemalu dan konservatif, manakala Barbie adalah kasut yang riang dan terbuka.


Flet dan Barbie tinggal di sebuah rak kasut yang sama. Pada suatu hari, musim cuti telah bermula dan dengan hati yang berbunga-bunga Flet bertanya kepada Barbie ke mana mereka patut pergi untuk meluangkan masa cuti bersama.


Jawab Barbie sambil menayangkan pasport miliknya.

Kedua-dua belah kasut tersebut bercadang untuk melancong ke beberapa buah negara di seluruh dunia.


Mereka telah pergi ke Afrika Selatan dan berpeluang menonton persembahan kumpulan penyanyi terkenal The Cheetah Girls dalam sebuah kelab malam di bandar Cape Town.


Mereka menyaksikan gelagat burung penguin yang comel di Antartika bersama kasut Eskimo yang dikenali sebagai Bu.


Mereka memasuki hutan Amazon untuk melihat keindahan kehidupan liar sambil diiringi oleh kasut pemandu pelancong bernama Vivi.


Mereka singgah ke Korea Selatan dan membeli-belah untuk mendapatkan koleksi fesyen K-Pop terbaru di daerah Gangnam.


Mereka pergi ke India untuk menikmati keindahan senibina makam Taj Mahal yang tersergam megah sepanjang zaman.


Mereka mengunjungi Itali untuk menghayati karya-karya pelukis di galeri seni dan bertemu dengan sepasang adik-beradik kasut perempuan bernama Bella dan Vinnie yang merupakan pengkritik seni.


Mereka melawat Britain dan menjalin persahabatan baru bersama kasut yang ceria dan budiman bernama Clark.


Akhirnya Flet dan Barbie tiba di Paris dan mengambil gambar selfie di depan menara Eiffel.


Semasa di Paris, Flet teserempak dengan kasut lelaki tempatan yang kacak. Mereka menjalin hubungan mesra dan lama-kelamaan Flet percaya bahawa dia telah jatuh cinta.


Namun begitu, Barbie tidak senang hati melihat perubahan Flet kerana dia tidak percaya kasut lelaki tersebut ikhlas mencintai Flet. Dia bimbang hati Flet akan dilukai oleh kasut lelaki itu. Barbie berbincang dengan Flet mengenai kebimbangannya, tetapi Flet enggan mendengar teguran Barbie dan menuduh Barbie dengki dengannya.


Barbie tersentap. Dia berasa kesal dan sedih dituduh secara melulu oleh rakan baiknya sendiri, lebih-lebih lagi apabila Barbie yang menampung kesemua tambang dan kos percutian mereka. "Mulai sekarang jangan bercakap dengan saya lagi!" kata Flet kepada Barbie. Barbie mendiamkan diri dan membiarkan Flet hanyut dalam mabuk cinta.

Tidak lama kemudian, Flet bertembung dengan kasut lelaki tersebut bersama kasut perempuan lain di tengah jalan.


Flet berdepan dengan kasut lelaki itu dan bertanya, "Apa kurangnya saya?"


Kata kasut lelaki sebelum beredar bersama-sama kekasih barunya meninggalkan Flet seorang diri di situ.


Barbie menjadi risau setelah menyedari Flet lama menghilang dari bilik hotel. Dia segera keluar mencari Flet dan terjumpanya menangis teresak-esak di sebuah taman.


Tanya Flet kepada Barbie. Barbie menjawab, "Bukankah awak kata awak tidak mahu bercakap dengan saya lagi?" Flet meraung. Barbie memujuk Flet.


Flet dan Barbie kembali menjadi sahabat baik. Keesokannya mereka pulang ke Malaysia dengan kenangan yang indah, dan mereka berharap hari-hari yang seterusnya akan datang dengan kisah kehidupan dan kenangan yang lebih indah buat persahabatan mereka. 

Sementara itu, di kawasan lain pula...



Begitulah cerita kasut-kasut Ayuni.

7 comments:

  1. Replies
    1. Ayuni memiliki terlalu banyak kasut. Malangnya Ayuni cuma ada dua kaki. Oleh itu kasut-kasut dijadikan bintang drama ini.

      Delete
  2. Replies
    1. Flet dan Barbie nampak kesunyian, jadi Ayuni berikan mereka kawan-kawan dari seluruh dunia :P

      Delete
  3. ehehe jauhnya kasut berjalan ,, jelajah kemana je tu ?? kih3 ,, unit entry ni , mendalam heheks

    ReplyDelete
  4. hahahaha...gila banyak weh kasut akak...sally ada satu je pakai la sampai dia takde rupa kasut dah...lol..great effort kak oii

    ReplyDelete
  5. lelaki tak berapa hensem pun org pompuan blh terima (kasut rendah), pompuan kurang cantik (kasut Flet),org laki pandang sblh mata je..hmm mata kan adalah hakim pertama..dari mata jatuh ke hati

    ReplyDelete