Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TEKNOLOGI

Cara Menggunakan Pengimbas Peribadi Semasa Membeli-Belah Di Sams Groceria

Cara Menggunakan Pengimbas Peribadi Semasa Membeli-Belah Di Sam's Groceria | Sam's Groceria merupakan premis kegemaran Ayuni membeli-belah untuk barang keperluan. Bertempat di tiga kawasan di Malaysia, iaitu (1)Gurney Paragon Mall, Penang; (2)NU Sentral, Kuala Lumpur; dan (3)Encorp Strand Mall, Kota Damansara. Ruang membeli-belah yang selesa, harga barangan yang murah, kafe yang memiliki pelbagai aneka juadah yang enak serta penggunaan pengimbas peribadi yang moden memudahkan pengguna membeli-belah secara tenang. 

Cara Menggunakan Pengimbas Peribadi Di Sam's Groceria


Kadang-kadang apabila tidak sempat keluar untuk membeli-belah, Ayuni akan pesan barang-barang keperluan dari Sam's Groceria secara atas talian. 


Kita boleh pilih sama ada hendak pergi ke sana untuk ambil barangan yang telah dipesan atau tunggu mereka hantar barangan ke rumah. Penghantaran adalah percuma dan mata terkumpul diperoleh dari pembelian akan dimasukkan ke dalam akaun kad ahli secara otomatik. Cuma layari laman web Sam's Groceria dan klik pada jenis dan jumlah barangan yang diingini untuk dimasukkan ke dalam Shopping Cart, kemudian bayar dengan kad debit atau kad kredit. Mudah kan?

Kredit kepada: Sam's Groceria

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.