Foto terbaru Wan Aisyah, cucu Mahsuri
Wan Aisyah Cucu Mahsuri | Kisah Mahsuri merupakan legenda yang terkenal di bumi Langkawi, Kedah dek kesan tragis dari fitnah dilemparkan ke arah Mahsuri yang tidak bersalah oleh wanita lain yang mempunyai hasad dengki terhadapnya, kerana tidak tahan melihat kelebihan rupa, status dan keramahan yang dimiliki oleh Mahsuri. Walaupun tiada bukti, Mahura - perempuan berhati busuk yang menyimpan perasaan dengki terhadap Mahsuri sehingga menjadi dendam berbisa - berjaya membuat cerita palsu untuk memburukkan nama Mahsuri lalu menghasut orang-orang kampung agar memulau, mendera dan membunuh Mahsuri secara zalim.
Saat Mahsuri menghembuskan nafas terakhirnya, legenda mengatakan bahawa tubuh Mahsuri telah menitiskan darah berwarna putih sebagai petanda bahawa Mahsuri tidak bersalah dan telah difitnah tanpa usul periksa. Tidak lama kemudian Kedah ditawan oleh kerajaan Siam sehingga Langkawi menjadi porak-peranda dengan terbakarnya segala bekalan beras; serta tanaman padi tidak menjadi disebabkan tanah hilang kesuburan; menjadikan ramai penduduk Langkawi mati kebuluran dan menderita kemiskinan selama tujuh keturunan.
Ada yang mengatakan bahawa bala yang telah menimpa tanah Langkawi merupakan sumpahan ke atas orang-orang kampung yang mudah terpengaruh dengan fitnah Mahura. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa Mahura kemudiannya menjadi gila setelah peristiwa tersebut, mungkin kerana didorong oleh perasaan bersalah atau kerana mendapat tahu keturunan Mahsuri telah selamat dibawa lari keluar daripada Langkawi semasa penawanan Kedah oleh Siam.
Ada yang mengatakan bahawa bala yang telah menimpa tanah Langkawi merupakan sumpahan ke atas orang-orang kampung yang mudah terpengaruh dengan fitnah Mahura. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa Mahura kemudiannya menjadi gila setelah peristiwa tersebut, mungkin kerana didorong oleh perasaan bersalah atau kerana mendapat tahu keturunan Mahsuri telah selamat dibawa lari keluar daripada Langkawi semasa penawanan Kedah oleh Siam.
Gambaran wajah Mahsuri yang dibingkaikan di
Muzium Makam Mahsuri, Langkawi
Benarkah kisah legenda Mahsuri tersebut? Jika benar, di manakah keturunan Mahsuri yang diceritakan itu berada sekarang?
Wan Aisyah (kiri) menerima hadiah potret Mahsuri dari pihak Persatuan Sejarah Negeri Kedah pada tahun 1998.
Pada Mei 2000, seorang gadis remaja berusia 12 tahun muncul mencuri tumpuan media apabila dia bersama-sama tujuh orang ahli keluarganya tiba ke Langkawi dari Thailand. Gadis tersebut, Wan Aisyah, dikatakan waris keturunan Mahsuri generasi ketujuh dan ramai yang mengatakan bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti wajah nendanya Mahsuri. Kedatangan Wan Aisyah ke tanah Langkawi dianggap sebagai petanda bahawa sumpahan Mahsuri telah berakhir, dan kisahnya banyak dimuatkan dalam pelbagai majalah dan rancangan televisyen Malaysia pada masa itu.
Wajah Wan Aisyah pada usia 12 tahun.
Wan Aisyah pernah melanjutkan pengajian di Universiti Antarabangsa Malaysia selama setahun sebelum kembali pulang ke Thailand. Kini Wan Aisyah menetap di Kamala Phuket, Thailand dan sudah berumahtangga bersama pasangannya Alee Tongyun, seorang pengusaha industri pelancongan yang juga merupakan rakan sekampungnya.
Wan Aisyah dan suami menziarahi makam pusara Mahsuri.
6 Komen:
tak taulah kebenaran cerita mahsuri samada dongeng atau sejarah sebenar kannn...
Sebab itu ia dikenali sebagai legenda, kerana garisan antara dongeng dan kebenaran itu agak nipis.
Lagenda Mahsuri banyak memberi pengajaran untuk kita...
Benar. Walaupun lagenda, namun ia banyak mengingatkan kita tentang bahayanya fitnah dan hasad dengki.
legenda melayu yg menarik..
Benar. Malangnya ramai orang Melayu tidak mengambil iktibar dari legenda Melayu, walaupun mengaku diri sebagai berbangsa Melayu.
Catat Komen