Header Ads

Google Malaysia Kena Hack Oleh Hacker Bangladesh!


Buka Google Malaysia hari ini. Laman sesawang enjin pencarian tersebut telah digodam oleh kumpulan hacker dari Bangladesh yang dikenali sebagai TIGER-M@TE.



Dipercayai bahawa Google Malaysia telah digodam sekitar jam 11:40 pagi tadi. Semasa Ayuni mula menulis entri ini, jam menunjukkan pukul 11:42 pagi. Sebelum itu Ayuni sempat bermain mini-game Pony Express dalam banner Google kira-kira jam 11:38 - 11: 39 pagi.


Walaupun hasil godaman mereka menampilkan gaya amatur dan tidak serius, kerana "godaman" yang dikatakan cuma teknik mengalih sambungan DNS, kumpulan hacker TIGER-M@Te pernah mengganggu beberapa laman sesawang sebelum ini sejak tahun 2007 dan kegiatan mereka paling aktif direkod pada tahun 2012. Menurut ketua kumpulan penggodam tersebut dalam laman Facebook rasmi mereka, teknik penggodaman dianggap sebagai suatu seni.


Mungkinkah kumpulan TIGER-M@TE mendapat idea untuk menyerang Google Malaysia dari cadangan Regend Soh?

*Update terkini 12:20 am : Google Malaysia kembali pulih dan boleh digunakan semula 38 minit selepas entri Ayuni ini disiarkan. Namun masih ada pengguna yang mengadu tidak dapat membuka Google melalui jenis browser tertentu. Elakkan daripada menaip google.com.my dalam pencarian, sebaliknya terus menghala ke google.com.

9 ulasan:

  1. team hackers selalu cakap macam tu... teringat dulu hacker dari pakistan kot pernah hacked google malaysia.. :)

    BalasPadam
  2. jangan pandang sebelah mata dengan mat bangla!

    BalasPadam
  3. google webmaster selalu ingatkan saya supaya tingkatkan sekuriti salah satu blog dot com saya..google lupa..dia pula kena daa

    BalasPadam
  4. Mn... sy buka td jam 12 lebih hampir² jam 1 fb by google n mozila tak dpt login. ke diorg hack fb plak? Xde krja sungguh nyusahkan org. Bingai pnya hackers

    BalasPadam
  5. Alahai encik Bangla pun pakar hack yer... Jangan hack akaun Zumal dah ler...

    BalasPadam
  6. haaaa jgn main2 ...kadang tu yg dok jaga pam minyak tu lagi tinggi kelayakan akademik diorg ... hahahhaha

    BalasPadam
  7. Huhuuhuuu black hat hacker

    BalasPadam