INFO

Adakah Kucing Period?


Adakah Kucing Period? | Antara kata carian yang paling menarik Ayuni terjumpa dalam dashboard blog hari ini:


Ini merupakan soalan yang menarik oleh pencari maklumat. 

Sebenarnya kucing betina juga mengalami perubahan hormon dalam dirinya apabila sudah mencapai usia matang, cuma mereka tidak mengalami kitar pendarahan haid seperti manusia, monyet, orang-utan, gorilla, keluang dan cencurut. Sesetengah kucing betina mungkin akan mengeluarkan darah dari faraj jika tahap estrogen dalam tubuhnya rendah dan ovum yang tidak tersenyawa tidak terserap dalam dinding uterus. Namun ini sangat jarang berlaku.

Kucing betina akan mengalami kitar pusingan estrus; di mana ia akan berasa miang hingga mengeluarkan bunyi mengiau berpanjangan sehingga mengganggu ketenteraman awam (anda mungkin tidak akan dapat tidur di waktu malam); sering menanda kawasan dengan kencingnya, di mana bau air kencing tersebut mengandungi pheromone yang akan menarik perhatian kucing jantan; serta ia menjadi gelisah jika tidak keluar dari rumah dan mencari pasangan untuk mengawan dengannya.

Oleh itu kucing tidak mengeluarkan darah sekiranya ia tengah melalui kitaran estrus. Jika anda terjumpa kucing mengalami pendarahan yang banyak dari bahagian farajnya, ini bermakna ia mengalami keguguran atau mengalami penyakit tertentu seperti kanser rahim. Sila hantar kucing anda ke pusat kesihatan haiwan dengan segera untuk merawatnya sekiranya ini berlaku.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

azifah yazid said...

tag http://belongtomee.blogspot.com/2015/04/nourain-gorgues-give-away.html

Ahlam Miera Shafie said...

oooo.. begitu..

Gee Lion said...

Kucing saya mati sebab ada something yg gugur.. darah and then after that tak tahulah apa dia.. Dia sengsara berhari2 jugaklah before menemui ajal dia.. Sedih bila ingat bila. Huhu :(

Ayuni Rafilah said...

:'(

Powered by Blogger.