Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TIPS & RAHSIA

Tips GST - Elakkan Tertipu

Sumber artikel dari blogger Hani Fadhlina Abdul Rahman [LINK BLOG: Kisah Hidupku]

Terima kasih kepada Hani atas perkongsian yang amat berguna ini, semoga ia dapat membantu para pengguna mengelakkan diri daripada ditipu golongan peniaga yang tidak jujur dan menggunakan GST sebagai alasan untuk mereka mengaut keuntungan haram.


TIPS GST

1. Sebelum membeli barang, tanya peniaga dahulu sama ada harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak. 

2. Jika ada GST, tanya lagi adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (SSM) dan juga no pendaftaran GST 12 digit. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA. 

3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di laman sesawang kastam untuk memastikan syarikat tersebut memang benar-benar berdaftar GST dan dibenarkan untuk mengenakan GST pada pelanggan. 

4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi.

Contoh resit yang ada maklumat GST

Peniaga boleh dikenakan denda RM200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. 

Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.

Sebar-sebarkan informasi berguna ini.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

huda azmi berkata...

tips penting nie..thanks for sharing :)

ainiezulaikha berkata...

jom join Ga ika . http://ainiezulaikha.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-by-ainie-zulaikha.html

RiN nOku berkata...

Betul tu...thanks for the info

Dikuasakan oleh Blogger.