Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

REVIEW

Nak Kulit Licin Dan Berseri Macam Artis Bollywood? Cuba Lakme Rose Powder!


Pernah dengar tak produk Lakme dari India? Produk ini memang jarang didapati di Malaysia kerana ia dikilangkan secara langsung oleh syarikat Unilever Hindustan untuk pasaran di India. Ayuni kira bertuah kerana diperkenalkan kepada produk Lakme oleh seorang sahabat India dan hasilnya memang sangat mengkagumkan.

Kandungan dalam bedak Lakme Rose Powder.

Berbeza dengan produk bedak tempatan dan keluaran Barat yang kita sering nampak di mana-mana, bedak Lakme ini terasa amat lembut dan halus apabila dikenakan pada kulit, jadi ia tidak memberi kesan gatal-gatal atau ruam kepada kulit yang sensitif. 

Baunya yang semerbak dengan wangian bunga ros juga merupakan satu keistimewaan bedak Lakme yang tidak ada pada mana-mana produk bedak yang lain. Terasa seperti disirami satu taman bunga mawar segar apabila mengenakan bedak ini. Betul, Ayuni tidak tipu. Di samping itu, produk ini juga lengkap dengan perlindungan UV jadi kulit anda lebih terlindung daripada sinaran matahari yang terik sekarang ini. 

Tahan lama pada kulit dan membuatkan wajah nampak sihat berseri. Jika anda ingin memiliki wajah yang kelihatan gebu dan berseri sepanjang hari persis artis Bollywood, Ayuni syorkan produk ini digunakan bersama berus wajah yang lebar. Bedak ini datang dalam dua kod warna iaitu 01 Soft Pink dan 02 Warm Pink.

Kareena Kapoor, duta produk Lakme

Malah Ayuni sendiri pun telah mencuba bedak ini dan hasilnya memang sama seperti yang ditonjolkan oleh Kareena Kapoor, duta produk Lakme. Dalam gambar selfie semulajadi yang tidak diedit dengan mana-mana aplikasi seperti Photoshop atau Beauty Camera App di bawah, Ayuni mengenakan Lakme Rose Powder kod warna 01 Soft Pink. Bila sapu dengan berus besar efeknya lebih mantap.

Nampak licin dan halus betul, kan?

Di samping itu, harga bedak Lakme Rose Powder ini sangat murah dan berbaloi dibeli kerana amaunnya yang banyak (40 gram) dan tidak habis-habis digunakan. Dengan harga yang sangat rendah anda boleh membeli bedak yang tahan selama setengah tahun!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

emma diana berkata...

Nak cantik jangan kedekut , harga berapa ni ?

http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/03/job-party-birthday-ruby.html

Ayuni Rafilah berkata...

Harganya memang murah sebab ia produk dibeli dari India. Nilai matawang sana rendah.

Dikuasakan oleh Blogger.