Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Makhluk Pelik Ditemui Dalam Kegelapan Semasa Earth Hour?

28 Mac 2015. Kebanyakan lampu telah dipadam dari jam 8:30 sehingga 9:30 malam bagi menjimatkan tenaga sempena Earth Hour tahun ini. 

Ayuni juga tidak ketinggalan memadam lampu di rumah pada waktu tersebut, namun pada masa yang sama Ayuni didatangi perasaan ingin tahu bagaimana rupa keadaan sekeliling pada waktu malam yang gelap-gelita dalam rakaman kamera. Jadi Ayuni mengambil gambar selfie dalam gelap serta pemandangan sekeliling rumah dengan kamera telefon.

Ini selfie Ayuni dalam gelap. 
Nampak tak betapa comelnya rupa Ayuni?

Ini ialah pemandangan bilik Ayuni dalam gelap.
Maaf, bilik Ayuni nampak agak berselerak.

Tiba-tiba Ayuni terjumpa makhluk pelik ini sedang terbaring di dalam salah sebuah bilik rumah. Rupanya sangat menakutkan dengan mata yang bersinar!

Oh, rupa-rupanya itu cuma Siren yang sedang berehat.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

asma langit berkata...

Comelnye rupa ayuni dlm gelap. Tak puas tgk. Huhu

khaty aiman berkata...

ayu..selfie lagi..mata siren menakutkan..macam ada kuasa pulak..

Ayuni Rafilah berkata...

XD

Ayuni Rafilah berkata...

Memang menakutkan. Mungkin ini kesan daripada memakan makanan kucing Power Cat.

Fatina Ham Yahya Ham berkata...

Comelnya Ayuni selfie xD Siren dah macam ultraman! Ultracat sepatutnya :3

Dikuasakan oleh Blogger.