Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

EVENT

Festival Oh My Gender! Bersama 3R


Respek. Relaks. Respon. 

Siapa yang tidak ingat dengan slogan ini yang menjadi motto sebuah rancangan televisyen terkenal di Malaysia kerana memfokuskan wanita secara santai?

Baru-baru ini Ayuni turut terlibat meraikan sambutan Festival Hari Wanita Sedunia 2015 di Universiti Malaya anjuran 3R bersama institusi pengajian tersebut. Festival yang diberi tema 'Oh My Gender!' berlangsung dari 9 Mac sehingga 22 Mac 2015 di Fakulti Sastera dan Sains Sosial menampilkan beberapa segmen menarik seperti Sembang Santai, Pawagam Pop dan Bengkel Ekspresi.

Sembang Santai merupakan segmen borak santai bersama ahli-ahli panel yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman mengendalikan isu berkaitan gender. Antara tajuk menarik yang dibincangkan merangkumi feminisme, gangguan seksual, keganasan rumah tangga, perdagangan manusia, kehamilan wanita remaja, kepimpinan dan penglibatan wanita dalam pelbagai bidang pekerjaan, serta isu-isu kemasyarakatan.

Dengan tajuk topik perbualan yang hangat dan menarik perhatian, tidak hairanlah ramai peserta termasuk kaum lelaki membanjiri segmen sembang santai pada masa itu.

Aturcara Segmen Sembang Santai


Di samping segmen Sembang Santai, festival ini juga mempersembahkan tayangan filem diikuti dengan diskusi bersama ahli panel dan berkaitan isu gender melalui segmen Pawagam Pop. Antara tajuk filem yang ditayangkan: Songlap, Embun, Rabun, Perempuan, Isteri dan..., dan Gol dan Gincu.

Aturcara Segmen Pawagam Pop


Bagi anda yang memiliki blog dan minat menulis, 3R dan Universiti Malaya juga ada menyediakan dua bengkel penulisan dan media sosial melalui Segmen Bengkel Ekspresi di mana peserta-peserta boleh mempelajari kemahiran penulisan yang mampu memberi kesan kepada masyarakat pembaca massa di bawah latihan bintang 3R sendiri iaitu Juana Jaafar. Datin Paduka Marina Mahathir juga turut diundang bagi memeriahkan majlis. Tiada yuran dikenakan untuk penyertaan bengkel. Sila hubungi Zetty di zetty@red.com.my untuk pendaftaran serta keterangan lanjut tentang bengkel.

Aturcara Segmen Bengkel Ekspresi


Jangan lupa untuk ikuti blog Ayuni bagi mendapatkan berita serta cara untuk menyertai pelbagai lagi acara-acara menarik di luar seperti ini!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Khai♥Rin : anies berkata...

menarik acara2 yg disediakan ;-)

Ayuni Rafilah berkata...

Jom turut serta sekali :D

Dikuasakan oleh Blogger.