Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Batal Perkahwinan Kerana Gagal Jawab Soalan Matematik


Berita ini amat menyayat hati...

"NEW DELHI: Seorang pengantin perempuan di India meninggalkan majlis perkahwinannya selepas lelaki yang bakal dikahwininya gagal memberikan jawapan kepada satu soalan matematik yang mudah.

Insiden mengejutkan tersebut berlaku pada Rabu di sebuah kampung di Rasoolabad yang terletak di bandar industri Kanpur, Uttar Pradesh.

Pengantin perempuan telah menguji tahap kemahiran pengantin lelaki dalam matematik dan apabila dia menerima jawapan salah, pengantin perempuan tersebut terus pulang sekali gus membatalkan majlis.

Soalan yang ditanyakannya adalah: “Berapakah 15 campur enam?”

Pengantin lelaki menjawab: “17”.

Keluarga pengantin lelaki telah cuba memujuk pengantin perempuan itu agar kembali dan meneruskan upacara perkahwinan, namun pujukan itu tidak mengubah pendiriannya.

Pengantin perempuan itu berkata bahawa pengantin lelaki itu telah berbohong tentang tahap pencapaian pendidikannya.

“Keluarga pengantin lelaki telah menyembunyikan maklumat tentang tahap pendidikannya yang teruk. Budak darjah satu pun boleh jawab dengan mudah,” ujar bapa pengantin perempuan, Mohar Singh.

Polis tempatan telah dipanggil untuk bertindak selaku perantara dua keluarga tersebut. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju memulangkan kesemua hadiah dan barang kemas perkahwinan.

Bulan lalu, seorang lagi pengantin perempuan di Uttar Pradesh telah mengahwini salah seorang tetamu di majlisnya selepas calon pengantin lelaki tiba-tiba mengalami sawan dan rebah dalam majlis tersebut.

Keluarga calon pengantin lelaki itu tidak mendedahkan tentang epileptik yang dihadapinya. Ketika calon pengantin lelaki itu dikejarkan ke hospital, pengantin perempuan bertindak meminta seorang tetamu di majlis itu menjadi suaminya.

Kebanyakan perkahwinan di India diatur oleh keluarga pengantin. Hal itu membuatkan kedua-dua calon yang hendak disatukan hanya sekadar bertemu sebentar dan langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelum majlis mengikat lafaz perkahwinan."

Sumber: Astro Awani, 14 Mac 2015

Tidak, Ayuni bergurau sahaja. Berita ini sebenarnya amat menggelikan hati. Majlis perkahwinan di India kedengaran agak menyeronokkan.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

asma langit berkata...

Seronok apa macam tu.. Naseb baek pengantin perempuan tu cerdik sikit nak test. Kalo tak, huwaaaaa...

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

hahaha dah macam cite musang berjanggut lak test bakal somi atau isteri dulu sebelum berkahwin ..

Dikuasakan oleh Blogger.