PERSONAL

Pernahkah Situasi Ini Berlaku Pada Anda?



Jangan cepat naik marah jika pemandu di depan anda tiba-tiba memperlahankan keretanya. Kemungkinan dia cuba ingin menyelamatkan nyawa, iaitu nyawa makluk yang melintas di jalan, nyawanya termasuk nyawa anda sendiri. Belajarlah untuk memandu secara berhemah dan bertimbangrasa, bukan tahu nak laju saja dan pandai maki hamun orang.

Memang agak marah dengan perbuatan biadab pemandu tersebut yang tiada sebab pun hendak memaki-hamun Ayuni kerana pandu secara perlahan. Mungkin dia tidak pernah belajar bersabar dalam hidupnya agaknya. Paling menyedihkan apabila nyawa anak kucing yang tidak berdosa menjadi mangsa kebiadabannya.

Ini bukan sekali dua Ayuni menemui pemandu kurang ajar di jalanraya. Biasanya pengalaman sebegini Ayuni hadapi sepanjang masa Ayuni tinggal di Malaysia.

Semasa Ayuni memandu di United Kingdom, pemandu-pemandu di sana memandu dengan cara berhemah dan sentiasa beri kita laluan dulu, "After You". Kes kemalangan di sana juga amat rendah, hampir tidak pernah kedengaran. Bayangkan bagaimana seorang gadis boleh rasa selamat memandu berseorangan di jalanraya negara asing.

Lain pula di Malaysia di mana kebanyakan pemandu mengamalkan sikap "Aku Dulu!" Kita juga sudah maklum berapa ramai yang mati akibat kemalangan jalanraya di Malaysia setiap tahun. Setiap kali keluar rumah harus beristighfar di sepanjang jalan.

Pandu cermat jiwa selamat.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

Nurul Shahira berkata...

Tambah-tambah lagi bila tiba musim perayaan. Masa tu rasa, masyaAllah, murahnya harga nyawa seorang manusia ni. Moral value dalam setiap diri kita perlu dipertingkatkan dan diperhebat untuk menangani isu seperti ini. Huhu

Ayuni Rafilah berkata...

Betul, orang-orang kita harus pertingkatkan nilai moral dan keprihatinan semasa berada di persekitaran luar. Kegagalan masyarakat menangani isu kemalangan yang meragut nyawa banyak disebabkan kurangnya EQ (emotional quotient) dan SQ (spiritual quotient) di kalangan individu. Pemandu khususnya, harus ingat bahawa mereka juga sedang berinteraksi dengan manusia dan makhluk hidup lain semasa memandu. Dunia mereka di jalanraya bukan setakat dalam kereta.

Ayu Jafri berkata...

tu la kan.... kita ni ..makin maju,makin hilang adab sopan...huhu.Apa la nak jd pun tak tahu la... samseng jalan raya menjadi2.

Ayuni Rafilah berkata...

Masing-masing hendak menunjukkan kuasa di atas jalan. Bukan mereka yang bina jalan itu pun.

Diyana Annuar berkata...

serius tak tahu apa nak jadi dgn orang malaysia..
tak kira bangsa... masing2 nak tunjuk samseng..
ntah daripada mana kita dpt penyakit "samseng" ni..
masing2 nk tunjuk hero and hebat..
makin jahat makin angkuh..
astagfirullah al azim..
sedih la

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.