SANTAI

Mencari Calon Suami Dari Britain...


Buat masa ini Ayuni sedang sibuk mencari calon suami warga British melalui laman berkenalan DateBritishGuys.com. Sudah semalaman Ayuni mendaftar dan mencari, tetapi belum jumpa calon yang sesuai lagi walaupun kesemua jejaka British segak, kacak dan ramah belaka.


Keselamatan data peribadi dalam laman ini juga amat terjamin kerana memastikan pengguna serius hendak menjalinkan hubungan dengan jejaka British yang mendaftar. Pada mulanya Ayuni tidak mahu meletak gambar profail wajah Ayuni semasa pendaftaran, namun sistem laman tersebut bertegas tidak akan menerima gambar profail kucing. Jadi Ayuni terfikir hendak meletakkan gambar profail ini:


Namun oleh kerana fenomena ancaman IS semakin meruncing di seluruh dunia, Ayuni terpaksa akur dengan menyerahkan gambar profail wajah sebenar yang telah melalui Photoshop sikit-sikit agar tidak menakutkan calon suami warga British dalam laman tersebut. Harap-harap gambar tersebut diterima kali ini.

Bagaimana orang lain mudah mendapat pasangan hidup dalam masa yang singkat dan tanpa bersusah-payah? Mereka jumpa sesaat sahaja di luar sudah menjadi. Ayuni tidak pernah bercinta. Harap-harap Ayuni dapat temui jejaka British yang sesuai untuk dijadikan suami Ayuni.

*Maaf, Ayuni bergurau sahaja. Entri ini sekadar gurauan dan merupakan parodi kepada servis pencarian jodoh melalui atas talian antarabangsa. Jangan tiru aksi ini.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.