INFO

Fakta Mengapa Penyu Menangis


Setiap kali seekor ibu penyu yang datang mendarat di tepi pantai untuk bertelur dilihat mengeluarkan air mata tatkala ia menimbus pasir ke dalam sarangnya, ramai yang beranggapan bahawa ibu penyu tersebut menangis kerana berasa sedih mengenangkan nasib anak-anaknya yang ditinggalkan di sana.

Mitos ini kedengaran menarik kerana ia menimbulkan perasaan kasihan dan simpati dalam diri manusia terhadap ibu penyu. Namun tahukah anda bahawa penyu sebenarnya tidak pernah menangis, malah ia juga tidak mampu menangis?

Apa yang kita lihat seperti tangisan air mata yang mengalir dari mata penyu cuma satu proses penyingkiran garam yang berlebihan dalam sistem badan penyu setelah berada lama dalam air laut. Larutan garam tersebut akan dikumuhkan melalui kelenjar yang terletak pada kawasan mata penyu.

Selain daripada mengeluarkan garam berlebihan, proses ini juga membantu penyu membersihkan mata mereka daripada butiran pasir pantai.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

6 Komen:

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

oo itu ke sebabnya.. akak kalau nengok penyu ni bertelur lam tv ritu ngan akak.. akak pn menangis sama... ingat sebab dia sakit nak bertelur...

eima berkata...

hebatkan mitos melayu kan ... kita kaitkan perasaan manusia dgn kejadian Allah supaya jd pengajaran dan pedoman kepada kita semua

Nilam syapina berkata...

Ouhhh nampak sangat nipunyee hikhik

Ayuni Rafilah berkata...

Walaupun mitos, namun ia banyak memberi kesan kepada manusia agar menghayati nilai-nilai keibuan, kasih sayang dan pengorbanan. Adakalanya sesuatu penipuan itu bukanlah dibuat untuk tujuan yang jahat, tetapi untuk memberi kesedaran.

Wanyob berkata...

Aku bila tengok drama korea pun tak nangis sebenarnya cuma mengeluar cecair jenis untuk mencuci mata .

Ayuni Rafilah berkata...

Terbaik!

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.