PERSONAL

Dapat Sampel Wangian Lancome Percuma!


Minggu lepas Ayuni memesan sampel wangian dari Lancome percuma melalui kempen 'Most Iconic Products' mereka dalam Facebook. Pengguna dibenarkan memilih 3 jenis sampel produk sahaja untuk dicuba iaitu; (1) kosmetik; (2) penjagaan kulit; dan (3) wangian.


Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan sampel di kaunter Lancome yang terdekat. Ayuni memilih untuk mengambil sampel di kaunter Lancome dalam SOGO kerana kebetulan Ayuni selalu menjemput Mama Ayuni pulang dari pusat bandar Kuala Lumpur selepas waktu kerja.

Pada mulanya Ayuni berasa agak kecewa dengan saiz sampel wangian yang diberikan - botol penyembur wangian yang diperbuat daripada kaca tersebut amat kecil serta isipadunya kurang daripada 2 ml. Baunya amat wangi, tetapi sayang sekali sembur sahaja sudah habis.

Ayuni meminta wangian Lancome Miracle yang merupakan antara wangian kegemaran Ayuni, dan apabila petugas kaunter menceritakan tentang wangian Lancome Tresor Midnight Rose yang baru tiba dalam stok mereka, Ayuni meminta agar dia berikan Ayuni sampel wangian tersebut untuk dicuba juga. Petugas itu pun berikan Ayuni satu lagi sampel wangian percuma.


Nasib baik Ayuni juga menerima hadiah baucer membeli-belah SOGO bernilai RM30 semasa hendak keluar dari kompleks, jadi tidaklah Ayuni berasa sangat hampa membawa pulang sampel wangian Lancome yang terlalu kecil itu. Baucar tersebut diberikan kepada Mama Ayuni kerana Ayuni tidak gemar membeli-belah di SOGO.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.