PERSONAL

Ash Dalam Kenangan

Carpet telah melahirkan anak kucing tiga kali, dan buat dua kali yang pertama anak-anak kucing tersebut tidak dapat membesar lama kerana kecuaian Carpet yang masih muda. Ada yang mati kerana kurang zat kerana Carpet tidak tahu cara menyusukan anak, mati kerana penyakit serta tidak tahan cuaca panas, dan ada yang hilang kerana dicuri oleh orang.

Anak kucing daripada kelahiran keduanya cuma sempat hidup selama beberapa bulan sebelum mati akibat penyakit. Ayuni namakan anak kucing tersebut Ash kerana bulunya yang kelabu perang seperti abu kayu.

Ash sangat garang. Walaupun dia bertubuh lemah dan kecil, namun dia kerap mengajak kucing-kucing lain yang dewasa dan besar untuk bergaduh dengannya.

Antara gambar-gambar lama Ash bersama Carpet yang Ayuni sempat ambil sebelum dia pergi:

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

dyanzakhi berkata...

Jemput jwb soalan kalau sudi, awk terpilih :)
http://primrosebunga.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.