SPONSORED POST

Skirt Puff: Gadis Moden Bergaya Puteri Raja


Pada zaman dahulukala, skirt puff merupakan fesyen popular di kalangan para puteri, gadis berketurunan bangsawan serta tetamu istana terhormat wanita di Eropah. Skirt puff yang kembang dan labuh di bawah pinggang dipakai oleh mereka semasa menghadiri majlis keramaian yang penting seperti majlis tari-menari, sambutan Krismas, perkahwinan dan pertabalan diraja.

Baju dengan skirt puff adalah fesyen pakaian yang sinonim dengan puteri-puteri Eropah.

Alunan kain skirt puff yang lembut menambahkan sifat feminin dan keayuan pada si pemakai. Biasanya kain skirt puff diperbuat daripada fabrik lembut dan licin seperti satin dan taffeta, namun dengan kemunculan teknologi pembuatan pakaian skirt puff kini dihasilkan dengan pelbagai jenis bahan fabrik termasuk kapas, denim, dan bulu kambing. Sesetengah pereka fesyen akan menambah tulle di bawah skirt bagi menonjolkan bentuk yang kembang.


Kegilaan terhadap fesyen skirt puff memuncak di tahun 1950-an apabila ia sering dipakai oleh selebriti terkenal di majlis koktel. Ia juga merupakan fesyen terhangat di kalangan gadis muda yang menghadiri majlis prom. 

Skirt puff merupakan gaya yang simbolik dengan wanita era 1950-an

Berikutan pengenalan skirt puff rekaan Yves Saint Laurent semasa beliau masih menjadi anak didik Christian Dior, skirt puff pernah menjadi item fesyen terkenal keluaran Balenciaga sepanjang zaman itu. 

Baju dengan skirt puff yang pernah menjadi lambang kemegahan Yves Saint Laurent dan Balenciaga

Kini skirt puff skirt kembali ke dunia fesyen dengan gaya yang lebih elegan. Skirt puff boleh didapati dalam pelbagai corak, warna, fabrik serta saiz pendek dan panjang. Rekabentuk skirt puff juga sesuai dipadankan dengan koleksi pakaian muslimah serta persalinan mereka yang menggemari fesyen sopan.

Nampak manis dan ayu apabila memakai skirt puff ini, kan? 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan skirt puff yang comel, anda boleh klik di SINI untuk melihat fesyen skirt puff terbaru di pasaran pada harga yang berpatutan.

Serlahkan keanggunan bak sang puteri dalam diri anda dengan skirt puff baru hari ini!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Bbwana adienia berkata...

memang cantik dan nampak comel sangat..

Mama Myja berkata...

like blouse digayakan dengan skirt kembang.. shuke shuke.. ;)

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.