Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Laman Web MAS Digodam Lizard Mafia


Paparan pada skrin komputer Ayuni semasa melayari laman web Malaysia Airlines Services pada jam 11:06 pagi semalam. Bila laman tersebut dibuka, pengunjung akan disambut dengan lagu tema Lizard Squad yang berirama hip-hop.

Lizard Squad diketuai oleh seorang pemuda dikenali dengan gelaran Lizard Mafia. Pemuda ini juga dipercayai pengguna satu lagi akaun Twitter dengan nama GDKJordie.


Lizard Squad pernah cetus kontroversi kerana menggodam konsol permainan Playstation dan XBox pada 26 Disember 2014. Mereka juga pandai menyanyi. Ayuni asyik memainkan lagu mereka secara berulang kali sambil membuat kerja di pejabat.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

wah hebat betul depa ni

Ayuni Rafilah berkata...

Budak-budak lagi sebenarnya. Ini cara mereka bergurau dalam alam maya. Nasib baik mereka bukan penggodam berbahaya.

Dikuasakan oleh Blogger.