Western sudah tiada lagi. Kelmarin Ayuni terjumpa bangkai si Western terbaring sendirian di ceruk bawah kabinet yang agak tersembunyi di luar rumah. Melihatkan posisi dia baring dan bentuk tulang belakangnya yang mula kejang akibat rigor mortis, Western memang benar-benar telah sampai ke hujung akhir hayatnya sebagai seekor kucing yang teramat tua.
.jpg)
Antara semua kucing yang pernah tinggal dengan Ayuni, Western satu-satunya kucing yang tidak pernah meninggalkan rumah untuk mengembara jauh macam kucing-kucing lain yang pernah datang ke sini. Dia menganggap rumah ini seperti rumahnya sendiri dan setiap hari dia mengelilingi kawasan seolah-olah sedang mengawal rumah dengan rapi, walaupun Ayuni pernah berpindah dari situ selama beberapa tahun. Bila Ayuni balik ke sini pada hujung tahun 2012, Western masih ada lagi.
Western pernah mengejar dan menangkap seekor biawak besar di belakang rumah.
Ayuni namakan dia Western sebab dia suka makan spaghetti, burger, nugget, roti, biskut dan pizza. Dia tidak reti makan ikan. Sekiranya diberi makan ikan, Western akan termuntah. Mama Ayuni selalu berkata, "Kucing ni asyik nak makan western saja." Jadi melekat nama Western tu padanya.
Mungkin umur Western semasa dia mati sudah menjangkau lebih daripada 20 tahun. Jangka hayat kucing biasanya boleh mencapai sehingga maksima 26 tahun. Kali pertama Western masuk ke rumah dia memang sudah dewasa. Pada masa itu Western amat popular di kalangan kucing-kucing jantan di kawasan perumahan kami - setiap bulan kami lihat dia sering dikunjungi dan ditemani oleh mereka.
Berbanding dengan Carpet yang jarang berpasangan dan tidak kisah siapa pasangannya, citarasa Western agak tinggi memandangkan kesemua kucing jantan yang pernah berpasangan dengannya terdiri daripada kucing-kucing yang berbaka baik dan kacak-kacak belaka. Entah kucing milik siapakah semuanya... salah seekornya kelihatan seperti kucing baka mahal yang mungkin mencecah ribuan ringgit di kedai haiwan peliharaan. Mungkin dalam dunia kucing Western dianggap sebagai kucing betina yang jelita kerana sehingga tua pun dia masih digilai oleh kucing jantan yang muda. Hasilnya banyaklah anak-anak kucing Western yang mengikut rupa unik bapa masing-masing. Kebanyakan anak-anak Western telah membesar dan meninggalkan rumah untuk merantau ke tempat lain.

Ramai orang menyangka Western seekor kucing hitam. Sebenarnya bulu Western berwarna perang gelap. Ayuni perasan warna sebenar bulunya bila melihat dia tidur di bawah sinaran matahari. Tetapi Ayuni suka menganggap dia sebagai kucing hitam sebab kehadiran Western membuat Ayuni berasa bagai ahli sihir wanita yang digeruni seperti dalam kisah dongeng Barat.
Antara kucing-kucing jantan yang datang memikat Western

Antara anak-anak Western yang sempat diambil gambar
Ramai orang menyangka Western seekor kucing hitam. Sebenarnya bulu Western berwarna perang gelap. Ayuni perasan warna sebenar bulunya bila melihat dia tidur di bawah sinaran matahari. Tetapi Ayuni suka menganggap dia sebagai kucing hitam sebab kehadiran Western membuat Ayuni berasa bagai ahli sihir wanita yang digeruni seperti dalam kisah dongeng Barat.
Western dan Siren.
Perangai Western ini adakalanya nakal dan melucukan. Bila dia marah akibat tidak diberi makan dia akan melibas ekornya pada kaki orang. Pada mulanya dia seekor kucing yang degil dan akan naik atas meja untuk mencari makanan. Lama-kelamaan Western pandai menjaga perangai dan tidak memanjat atas meja lagi selepas Ayuni mendidik dia untuk berkelakuan tertib.
Western sangat sayangkan anak-anaknya dan pernah tidak putus susu dengan anak yang sudah besar sehingga Mama Ayuni memarahinya. Bila menyedari dia dimarah, dia akan menjawab balik dalam bahasa kucing dan kemudian membebel sendirian. Apa yang lucunya dia patuh dengan Mama Ayuni sebab semenjak itu dia tidak menyusukan lagi anaknya yang besar depan orang.
Western memanjakan Siren seperti anaknya sendiri. Dia selalu membersihkan bulu Siren dan bila tidur mereka saling berpelukan sama-sama. Setiap kali Siren nampak Western mesti dia akan gosokkan kepalanya pada kepala Western sebagai cara dia menyapa ibu angkatnya. Mama Ayuni menyangka Western sedang menggatal dengan Siren tetapi Ayuni tahu Western sebenarnya mula menunjukkan ciri-ciri nyanyuk. Western mula merindui anak-anak kucing yang pernah dilahirkannya dan Siren menjadi pengganti rindu.
Cara Siren menyapa Western setiap kali bersua muka.
Rupa Western pada September 2014. Dia mula menjadi kurus dan nyanyuk pada masa ini.
Begitulah rutin kami selama tiga minggu lepas sehingga Western tiba-tiba cuba merangkak keluar untuk mencari bekas minuman Ahad lepas. Ayuni rasa kasihan melihat keadaan Western lalu mengangkat dia ke mana-mana dia hendak pergi. Siren yang paling ketara kelihatan sedih apabila dia melihat rupa Western. Dia langsung tidak menyentuh pinggan makan dan membiarkan Western duduk bersendirian di situ sepanjang hari.

Siren merenung ke arah Western.
Wajah sedihnya terpantul pada pintu peti sejuk.
Pagi berikutnya Western hilang daripada situ. Rupanya Western telah merangkak ke bawah kabinet luar rumah agar kematiannya tidak diketahui sesiapa. Selepas Ayuni menanam Western, Siren duduk termenung sepanjang hari tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
3 Komen:
Mesti Western sangat dirindui :)
alahai sedihnye ... matinye dirumah ....
tak sangka ade kucing belh hidup smapai 20 thn ..kan kucing aku dulu 12 thn je ..pastu hilang .....
kesian western ..seolah2 seperti die menderita sakit kan ....
sedihnya, akk pun pencinta kucing..
Catat Komen