Pernahkah anda memakan burger berwarna ungu?
Semalam Ayuni sempat merasa burger berwarna ungu di Purple Toast Kopitiam di kompleks membeli-belah Quill yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Beginilah rupa burger yang aneh tersebut sebelum dan selepas digigit oleh Ayuni:
.jpg)
.jpg)
Burger ungu ini boleh didapati di kedai Purple Toast Kopitiam, iaitu sebuah francais di bawah pengurusan Kyros Kebab. Sekarang mereka membuat promosi 50% untuk hidangan burger "American Beef" dan "Golden Chicken"; setiap hidangan disertakan sekali dengan kentang goreng dan teh tarik pada harga RM 8.95 sahaja! Murah, kan?
Tekstur patty daging ini amat memuaskan hati kerana isinya tebal dan kaya dengan rasa sos serta rempah. Sayuran yang mengiringi patty burger juga tidak diberikan secara kedekut. Saiz burger agak besar, jadi jika anda jenis yang tak kuat makan memang akan menangis cuba habiskan burger ini seorang diri.
Bagaimana roti ban burger ini menjadi ungu? Menurut menu kedai tersebut, roti yang disediakan diadun dengan buah beri berwarna ungu.
Kebanyakan pekerja di kopitiam ini berbangsa asing serta tidak fasih Berbahasa Melayu dan Inggeris, jadi apabila Ayuni minta dalam Bahasa Inggeris sos lada hitam mereka bawa serbuk lada putih, dan apabila Ayuni minta pinggan tambahan mereka menghulurkan penyedut minuman.
Layanan yang diberikan amat baik, namun berhati-hati apabila anda meminta bil bayaran makan kerana pekerjanya yang masih baru mungkin akan tersilap menghitung jumlah bil. Semasa Ayuni menerima bil daripada mereka, Ayuni perasan bahawa mereka termasukkan sekali harga teh tarik yang sepatutnya percuma bersama pesanan burger promosi. Apabila Ayuni pergi ke kaunter juruwang dan memintanya kira semula dalam Bahasa Inggeris, dia kelihatan tergamam lalu segera mengira semula sehingga terlupa hendak masukkan sekali caj servis.
4 Komen:
nampak best sangat burger biru ni...mak jemah tetiba rasa teringin yang amat tak pernah try lagi:)
alamak..kaler purple pulak ke.. ingatkan ada kaler hitam yg charcoal burger je.. menarik.. roti dah mcm2 warna skrg kann..inovatif
fuyyoo specialnya purple!
sincerely,
Najlaa 'Aqilah
Nantikan kemunculan burger warna pelangi pula :D
Catat Komen