Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

HIBURAN

Anugerah Juara Lagu AJL 29


Tahniah kepada Joe Flizzow dan Sona One yang berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) semalam dengan lagu "Apa Khabar". Mereka membawa pulang hadiah trofi beserta wang tunai RM50,000.

Joe Flizzow dan Sona One menjuarai AJL 29 malam semalam dengan lagu "Apa Khabar".

Naib Juara AJL 29 dimenangi oleh Shila Amzah dengan lagu "Masih Aku Cinta". Dia membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM35,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh lagu "Di Pintu Syurga" ciptaan Tam (Spider) dan lirik oleh Iman Imran nyanyian Dayang Nurfaizah. Mereka berjaya menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. Dayang turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam itu dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Sebanyak 12 buah lagu dicalonkan untuk pertandingan AJL tersebut.


Apa yang pasti, penonton tidak dapat melupakan kehebatan penyanyi kelainan upaya (OKU), Azmi Saat, dari kumpulan Caliph Buskers bersama Mojo yang mempersembahkan lagu "Romancinta". Memang layak bagi mereka memenangi anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. 

Azmi Saat dari Caliph Buskers menggegarkan pentas AJL 29. Dalam masa semalaman sahaja Caliph Buskers telah mencetus fenomena dalam dunia industri muzik.

Ayuni tidak tahan ketawa apabila Mama Ayuni bertanya, "Kenapa gigi Aweera jadi begitu?"

Program AJL 29 ditaja oleh produk kosmetik tempatan Pamoga Vida Beauty dan Qu Puteh.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.