Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Adakah Kucing Pergi Ke Syurga?


Malam tadi Ayuni dapat mimpi tentang Western. Tidak pasti samada itu Ayuni sendiri yang mimpi atau mimpi orang lain dalam keluarga yang termasuk dalam tidur Ayuni. 

Dalam mimpi tersebut, bulu Western kelihatan sangat bersih dan berkilat, dan dia sedang duduk di atas pelantar yang tinggi daripada kucing-kucing lain di suatu kawasan. Hujung bulunya yang perang gelap kelihatan bertinta warna keemasan. Rupanya juga cantik seperti semasa dia muda dahulu.

Matanya yang kuning itu memandang ke arah Ayuni dengan lembut seperti dia selalu buat semasa hidup. Kemudian dia tutup mata perlahan-lahan seolah-olah sedang rasa bahagia. 

Mungkin roh Western cuba mengatakan selamat tinggal buat selamanya kepada kami semua yang telah menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga. Mungkin juga dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayuni kerana telah menjaganya dengan baik di saat-saat akhirnya di dunia ini. Atau mungkin juga kehadiran Western yang amat lama dalam keluarga kami telah memberikan kesan mendalam kepada Ayuni.

Tiada lagi pengembaraan baru untuk dilalui bersama Western.

Adakah wujud syurga untuk kucing yang setia selama berpuluh tahun pada sesebuah keluarga?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.