PERSONAL

Jem Nenas Buatan Sendiri Menggunakan Buah Nenas 50 Sen

Tempoh hari semasa Ayuni keluar membeli-belah untuk barangan yang boleh didermakan kepada mangsa banjir, Ayuni sempat mengangkat sekali empat biji nenas yang sudah kelihatan kecut. Oleh kerana rupanya yang tidak lagi menawan, harga bagi setiap biji nenas diturunkan sehingga 50 sen sahaja. 

Ramai orang tidak ingin memandang nenas-nenas yang hodoh tersebut dan menyangka bahawa isinya sudah busuk. Pakcik yang beratur di belakang Ayuni semasa menunggu giliran di kaunter bayaran juga berasa hairan melihat nenas-nenas yang Ayuni bawa dalam troli. Dia sangka nenas-nenas itu ialah buah avokado. 

Ayuni dapat agak isi nenas tersebut masih elok sebab boleh cium bau isinya yang manis dari luar kulit. Bila balik rumah, Ayuni segera menyiang nenas tersebut. Betul seperti jangkaan Ayuni, isi nenas tersebut amat cantik, berwarna kuning seperti emas, tekstur lembut, tidak tajam dan rasanya manis seperti nenas yang sudah siap bergula dalam tin. Setelah makan separuh, Ayuni ambil separuh lagi untuk buat jem nenas agar boleh disimpan lebih lama. Bahagian selebihnya Ayuni kisar, masak perlahan-lahan dan simpan dalam peti sejuk. Apa yang bagus tentang nenas Ayuni beli ini ialah ia mudah dikisar kerana mempunyai isi yang lembut dan tidak perlu ditambah banyak gula kerana sudah sedia manis. 

Hasilnya seperti dalam gambar di bawah. Nampak sedap, kan? Bolehlah Ayuni makan bersama roti bakar dan mentega untuk sarapan selama sebulan ini.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

11 Komen:

pelangsing wsc wootekh berkata...

sega

jamu pelangsing aman berkata...

enak buat roti

pelangsing wsc biolo berkata...

isian kue cocok banget

wsc biolo berkata...

mantap ulasan makanannya

Nur Inani berkata...

rajinnya buat jem sendiri :)

Mad Parihh berkata...

buat tad nenas best ni :)

Cik Iman berkata...

ooo macam tu ae nak pilih nenas yang elok :o

nana liena berkata...

bagusnya buat sendiri..tetiba mengidam tat nanas..ehehe..sya tak pandai nak beli buah2..

Edrina Zulkafli berkata...

nampak sedapp *_* kita suka nenas...tapi tak suka jem dia. haih. taktau kenapa. pelik benor. heheh

http://edrina-dafinites94.blogspot.com/

Jie Najihah berkata...

sedapnyaa. kalau sapu kat roti bakar mmg mabeles ! XD

Invisible Me berkata...

Wahh.. Nampak sedap tp IM tak makan nenas sgt. Hehe.

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.