PERSONAL

Demonstrasi Occupy UM8 Oleh Pelajar Di Universiti Malaya


Semasa Ayuni pergi ke Universiti Malaya untuk mengambil surat tawaran penyelidikan Ayuni pada jam 8:00 pagi tadi, Ayuni terserempak dengan pemandangan luar biasa di hadapan pintu gerbang kampus institusi pengajian tinggi tersebut. 

Selain daripada tiang pintu gerbang yang diconteng dengan perkataan 'Universiti Mati', terdapat puluhan kain rentang yang bertulis di sekitar kawasan tersebut, dan apa yang menarik perhatian Ayuni ialah patung berjubah graduan universiti yang tergantung di hadapan kampus dengan ayat AUKU tertera pada kepalanya. Beberapa khemah didirikan berdekatan pondok pengawal keselamatan di hadapan masjid.


Ayuni memarkir kereta di sebelah pondok pengawal keselamatan dan sempat mengambil gambar serta menemuramah salah seorang pelajar yang berada di kawasan perkhemahan. Keong (bukan nama sebenar) memberitahu bahawa mereka sedang mengadakan protes terhadap pentadbiran Universiti Malaya yang telah menggantung lapan orang pelajar kerana terlibat dengan penganjuran pidato Anwar Ibrahim dalam kampus pada 27 Oktober lalu.

Menurut Keong, mereka telah berkhemah di situ selama 6 hari sejak Rabu minggu lalu. Keong berkata bahawa mereka memiliki video yang membuktikan bahawa pelajar-pelajar yang dihukum bukanlah penganjur pidato tersebut dan pembuat kacau sebenar, tetapi orang luar yang menceroboh masuk kampus semata-mata hendak melihat Anwar Ibrahim berucap pada masa itu.

"Hukuman yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar terbabit juga bertentangan dengan hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan," tambahnya.

"Kami akan mula masuk ke dalam kampus hari ini," ujar Keong lagi.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

uncle gedek berkata...

berniaga burger laku ni....

Ayuni Rafilah berkata...

Betul tu, uncle... pelajar-pelajar itu mesti lapar setelah hampir seminggu berkhemah di luar kampus.

Najlaa 'Aqilah berkata...

student UM here. hmm..tak larat dah tengok protes diorg ni.. cepat2 la habis semua ni huhu

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Ayuni Rafilah berkata...

Hai Najlaa!

Agaknya sampai ke tahap mana protes mereka ini nanti. Gigih betul mereka protes selama seminggu itu... mereka semua tak pergi ke kelas ke? :P

Syaza Syafeeqah berkata...

Sebelum ni UPSI. sekarang UM. tapi, alhamdulillah, UPSI tak lah sampai macam ni dulu.

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.