LIFESTYLE

Misi Menyelamat Anak Burung

Ini sebenarnya cerita yang berlaku dua minggu lepas tetapi Ayuni tidak sempat hendak kongsikan di blog disebabkan sibuk dengan tugasan. Hari ini Ayuni agak senang, maka dapatlah Ayuni bercerita tentang pengalaman Ayuni menyelamatkan seekor anak burung daripada mati lemas di dalam sebuah parit.


Ayuni terdengar bunyi anak burung berkicau dengan cemas dari arah parit ini semasa Ayuni sedang meninjau sebuah kawasan tanah tinggal. Ayuni mengeluarkan sebuah bakul kecil daripada kereta dan mengikatnya dengan tali rafia kepada sebatang kayu panjang yang dijumpai di atas tanah di kawasan tersebut. Anak burung tersebut seolah-olah memahami niat Ayuni ingin menyelamatkannya apabila ia ternampak bakul kecil tersebut diturunkan ke arahnya. 


Pada mulanya Ayuni tersilap lempar bakul dan tidak sengaja terkena kepala anak burung itu. Anak burung tersebut rebah dan tidak sedarkan diri buat seketika. Ayuni menyangka Ayuni telah membunuhnya. Beberapa minit kemudian anak burung itu kembali sedar daripada pengsan dan berkicau semula. Ayuni pun menurunkan semula bakul dengan perlahan-lahan agar ia boleh menaikinya.

Dengan menggunakan bakul sebagai buaian kecil, Ayuni pun menaikkan anak burung itu ke atas tanah. Kemudian Ayuni meninggalkannya di situ dan memerhati dari jauh kalau-kalau ibunya akan datang untuk mengambilnya. Nasib baik ibu burung muncul untuk mendapatkan anak burung. Ayuni tidak pasti burung jenis apa - leher dan kakinya agak panjang mirip bangau, tetapi saiznya sebesar ayam dan bulu pelepahnya berlainan warna. Mungkin ia sejenis burung akuatik yang makan ikan kerana habitatnya berdekatan kawasan berair.


Ini gambar dari Google yang Ayuni temui untuk mencari maklumat tentang spesis burung tersebut. Lebih kurang beginilah rupa anak burung yang Ayuni selamatkan itu. Bulu pelepahnya berwarna hitam dan kakinya besar. Rupa-rupanya burung ini tergolong dalam spesis keluarga rallidae (ayam-ayaman) dan dikenali sebagai burung kareo padi.

Burung kareo padi.

Tentang YunFila

Menulis sekadar hobi. Peminat genre steampunk dan gemar melayari video di YouTube.

5 Komen:

asma langit said...

Uish, terkena kepala? Naseb baek anak burung tu tough..

wsc biolo ampuh said...

sangat berjiwa pahlawan

timm bill said...

wah! nasib baik ayuni selamatkn dia..burung ni mmg selalu ada di kwasan berair..hihi..byk pahala dah dpt tu^^

Mad Parihh said...

comel la macam ank ayam

Farid said...

Barusan saya nemu jenis yang sama di depan rumah https://www.facebook.com/photo.php?fbid=903439486375385&set=a.249143368471670.76947.100001280262747&type=1&theater&notif_t=photo_comment

tapi ga ada induknya.. iseng2 saya kasih makan ulat hongkong. doakan agar tetap sehat ya..

ENTRI TERBARU

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.