Header Ads

Contoh Karangan Perihal Diri, Perancangan Pengajian Dan Kerjaya



Panduan menulis karangan perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya untuk mereka yang memohon pinjaman pendidikan MARA.

Saya Muzaim Bin Mansor berumur 22 tahun dan lahir pada 25 Oktober 1990 di Sandakan Sabah. Saya merupakan anak yang sulong daripada enam orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan, Sabah dari Darjah 1 hingga Darjah 6 . Kemudian saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Desa Kencana  sehingga ke Tingkatan 5. Tamat sahaja pengajian SPM, saya menyambung pelajaran di Management & Science Universiti dan telah mengambil Diploma Makmal Perubatan selama tiga tahun. Tamat sahaja pengajian, saya bercadang untuk menyambung taraf pendidikan ke ijazah. Mengenai latar belakang keluarga, ayah saya bekerja sebagai pegawai ladang FELDA manakala ibu saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Memandangkan saya anak sulong, tiada salah seorang dari adik-beradik yang bekerja.

Kini, saya ingin melanjutkan pelajaran di Management And Science University (MSU) Shah Alam dalam Bachelor In Biomedical Science. Saya amat berminat dengan bidang ini kerana gemar dalam mata pelajaran sains. Subjek yang ditawarkan agak mencabar dan saya anggap itu sebagai satu cabaran. Selain daripada subjek, saya memang berminat untuk bekerja di dalam Hospital. Setelah mendapatkan ijazah dengan keputusan cemerlang, saya akan cuba berazam untuk melanjutkan pelajaran Bachelor in Surgery and Medicine (MBBS) di luar negara. Itu adalah harapan dan matlamat saya yang ingin saya kecapi.

Selain dari melanjutkan pelajaran, jika saya telah menamatkan pelajaran saya di Management And Science University dengan baik, saya kemudiannya akan cuba mecari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang akan saya belajar. Saya akan mencari pengalaman bekerja selama beberapa tahun untuk menyara kehidupan keluarga. Saya juga akan berbakti dan bekerja di dalam Malaysia memandang profession sains dan kesihatan amat diperlukan didalam negara.

Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga rancangan kerjaya yang saya ingin lakukan.

(350 Patah Perkataan)

Sumber: Contoh Karangan Pinjaman MARA Dalam Bahasa Melayu | melvister.com

14 ulasan:

  1. Teringat pulak karangan zaman sekolah, ;)

    BalasPadam
  2. Haish sy pn teringan karangan mase sy sekolah dulu

    BalasPadam
  3. Karangan untuk pinjaman mara ni kena dalam bahasa inggeris ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut bahasa pengantar utama yang digunakan di IPT.

      Padam
  4. saya nak buat pinjaman mara for UNIKL .. and saya diminta suruh buat karangan macm ni .. saya copy yg ni boley ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk bile??blan 9 ni eh??unikl mane?

      Padam
    2. Nadia Sakina, boleh... silakan.

      Padam
  5. mohon copy ..huhu nt sya ubh ikot crta saya

    BalasPadam
  6. Ubis guna bhsa pengantar dlm english kan. Nampaknya kena buat kargn dlm english la

    BalasPadam
  7. nak tanya lah karangan ni kene tulis dalam bahasa melayu ke inggeris

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut bahasa pengantar utama yang digunakan di IPT.

      Padam
  8. erm...menarik gak jalan cerita dia.
    penulis ni tau dengan jelas matlamat masa depan dia...
    malah tempat di mana dia akan melanjutkan pelajaran pun sudah ditentukan.
    semoga berjaya semua yang baca pos tuan blog ni.
    *****************************************
    [ Qurban + Aqiqah + Waqaf untuk Maahad Tahfiz ]
    Tarikh tutup : 14/09/2015
    mari sertai kami untuk program 'Qurban dan Aqiqah Amal bersama Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah' (MTSFAZ).
    program ini bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Maahad Tahfiz kami.
    sebahagian dari duit 'Qurban dan Aqiqah Amal' akan disumbang kepada Maahad Tahfiz yang berkaitan.
    p/s : Jika tuan/puan ingin melakukan WAQAF sahaja pun, digalakkan.
    maklumat lanjut di blog MTSFAZ :- goo.gl/ixmeBH

    BalasPadam