Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Western Si Nenek Tua

Renungan si Western yang menusuk kalbu.

Hari ini Western sudah berusia 10 tahun, iaitu bersamaan dengan 55 tahun dalam kiraan umur manusia. Ini bermakna dia sekarang adalah seekor nenek yang tua. Western adalah antara kucing-kucing yang paling lama tinggal bersama Ayuni. Dia tidak suka makan ikan mentah dan biskut kucing, sebaliknya dia lebih gemar makan spaghetti, ayam goreng, tempe dan roti.

Walaupun sudah tua, Western masih diminati dan dikejar oleh kucing-kucing jantan seperti semasa dia masih muda. Entah susuk apa yang dipakai oleh Western sebab bukan calang-calang baka kucing jantan yang datang mencarinya, sehingga rupa anak-anak kucing yang dilahirnya pelik belaka. Anaknya yang terbaru lahir tepat pada malam Merdeka baru-baru ini. 

Senarai kucing yang pernah menjadi pasangan Western.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

Mama Myja berkata...

ayuni memang minat kucing eh..

Ayuni Rafilah berkata...

Minat sangat :D

asma langit berkata...

Hitam itu menawan... @_@

Ayuni Rafilah berkata...

Padanlah Western asyik dikejar ramai peminat -_-'

Dikuasakan oleh Blogger.